PENGENALAN
Pelaburan adalah satu langkah penting dalam perancangan kewangan yang berkesan, dan dua aset yang sering menjadi pilihan utama ialah emas dan rumah (rumah secara umumnya berada dalam kategori hartanah – contoh seperti rumah semi-D, banglo, rumah teres, pangsapuri atau kondomunium). Kedua-dua pilihan ini mempunyai keistimewaan masing-masing yang menarik minat pelabur seantero dunia.
Emas, sebagai aset yang mudah dicairkan, telah lama dianggap sebagai penyimpan nilai yang selamat. Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, emas sering menjadi pelindung nilai yang dapat memberi kestabilan kepada portfolio para penyimpan/pelabur. Sebaliknya, pemilikan rumah menawarkan peluang yang lebih besar untuk perolehan kekayaan, terutamanya melalui peningkatan nilai aset dalam jangka masa panjang. Meskipun memerlukan modal yang lebih besar dan komitmen yang lebih tinggi, pemilikan rumah mempunyai kelebihan unik seperti pendapatan pasif melalui sewaan dan potensi peningkatan nilai yang lebih signifikan bergantung kepada lokasi dan pasaran. Rumah bukan sahaja aset pelaburan tetapi juga aset fizikal yang boleh didiami.
Entri kali ini akan membandingkan perbezaan antara pelaburan emas dan pelaburan rumah. Namun, saya akan ringkaskan kepada beberapa poin utama, supaya ia lebih mudah difahami. Berikut adalah beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam pelaburan emas vs pelaburan rumah (umum, rumah dalam kategori hartanah).
01 – MODAL BELIAN
Emas: Berdasarkan pada trend belian emas, ia tidak memerlukan modal yang besar. Sebagai contoh, anda boleh memulakan pelaburan dengan membeli 1 gram emas, yang mungkin berharga sekitar RM300 hingga RM400 (bergantung pada harga pasaran). Malah, syarikat seperti Public Gold menawarkan belian emas serendah RM100 (Pada entri ini ditulis, RM100 = 0.26g). Bayaran pula boleh dibuat menggunakan pembayaran atas talian, atau autodebit – ini menjadikan pembelian emas itu mudah diakses oleh pelabur kecil. (Rujuk artikel ini untuk belian emas rendah dan dijamin selamat)
Rumah: Sebaliknya, pembelian rumah memerlukan modal besar. Sebagai contoh, harga rumah di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur mungkin bermula daripada RM300,000 ke atas. Ini jelas menunjukkan bahawa modal permulaan untuk hartanah jauh lebih besar berbanding emas. Bagi yang berkemampuan, mungkin boleh beli secara tunai. Namun, bagi yang kurang kemampuan, jika anda ingin membeli rumah berharga RM300,000, anda boleh mendapatkan pembiayaan bank hingga 90% daripada harga tersebut, dan membayar ansuran bulanan untuk jangka masa tertentu, seperti 30 tahun.
02 – KECAIRAN
Emas: Proses jual beli emas sangat mudah dan cepat. Ia tidak memerlukan dokumen yang terlalu rumit. Sebagai contoh, menerusi akaun GAP yang ditawarkan Public Gold, anda boleh melakukan proses “beli hari ini, dan terus jual pada hari yang sama”. (Nota: anda perlu memahami perkara asas seperti spread iaitu beza harga. Rujuk artikel spread di sini)
Rumah: Menjual rumah memerlukan masa yang lama, kadangkala berbulan-bulan. Sebagai contoh, jika anda ingin menjual rumah, prosesnya memerlukan urusan undang-undang, penilaian, dan persetujuan pembiayaan daripada pembeli atau bank. Jadi anda perlu mempunyai simpanan duit tunai tambahan sementara menunggu proses ini berjalan dengan lancar.
03 – PENINGKATAN NILAI
Emas: Nilai emas meningkat secara konsisten tahun demi tahun. Sebagai contoh, dalam tempoh 10 tahun terakhir, harga emas di Malaysia meningkat daripada sekitar RM150/gram kepada hampir RM400/gram. Anda boleh rujuk sejarah harga 1 gram emas pada bulan Mei, dari tahun 2019 → 2024.
Rumah: Nilai rumah boleh meningkat dengan lebih ketara. Sebagai contoh, sebuah rumah di kawasan strategik seperti Petaling Jaya mungkin meningkat dari RM500,000 kepada RM1 juta dalam tempoh 10 tahun, bergantung pada pembangunan dan fasiliti sekitar.
04- RISIKO KEHILANGAN ATAU KECURIAN
Emas: Emas (fizikal) berisiko dicuri jika tidak disimpan dengan selamat. Contohnya, jika anda menyimpan 100g emas di rumah tanpa langkah keselamatan, ia boleh hilang jika berlaku kecurian, atau tercicir kat mana-mana. Pendek kata, dari segi pengurusan risiko dan operasi, ia masih lagi berada dalam kategori rendah, kurang kerosakan asalkan ia disimpan di tempat yang selamat.
Rumah: Pernah ke dengar rumah yang besar gedabak itu dicuri? 🙂 . Ia mungkin boleh “dicuri” atas aspek perundangan. Umumnya, rumah tidak boleh dicuri secara fizikal, tetapi ia boleh rosak akibat bencana alam seperti banjir, gempa bumi atau serangan serangga seperti anai-anai. Sebagai contoh, rumah di kawasan pantai terdedah kepada risiko banjir jika tiada perlindungan takaful/insurans. Justeru, sekiranya rumah itu tidak dilindungi oleh takaful/insurans, ia akan mengakibatkan kos pemulihan/pembaikian yang lebih besar.
05- PELINDUNG NILAI DALAM KRISIS DAN INFLASI
Emas: Emas adalah antara aset yang sangat baik sebagai pelindung nilai dalam menghadapi krisis ekonomi. Sebagai contoh, semasa pandemik COVID-19 dan krisis peperangan antara negara, harga emas sering meningkat kerana pelabur melihatnya sebagai aset perlindungan. Begitu juga, emas sering dianggap sebagai pelindung nilai terhadap inflasi. Contohnya, apabila kos hidup meningkat, nilai emas juga cenderung naik, menjadikannya perlindungan yang baik daripada inflasi.
Rumah: Tanah mahupun rumah yang didiami/dimiliki mungkin boleh terjejas teruk semasa krisis ekonomi. Contohnya, semasa krisis kewangan Amerika Syarikat tahun 2008, banyak pasaran hartanah mengalami penurunan mendadak, mengakibatkan nilai rumah jatuh dan sukar dijual. Rumah juga mempunyai nilai pelindung terhadap inflasi, tetapi dari segi kenaikan, ia lebih perlahan. Ini bermaksud, nilai rumah mungkin meningkat selari dengan peningkatan kos barang, tetapi kadar kenaikannya mungkin lebih lambat berbanding simpanan emas.
06 – PERUNDANGAN DAN PEWARISAN
Emas: Emas mudah diwarisi tanpa melibatkan proses undang-undang yang rumit. Seseorang boleh mewariskan emas kepada ahli keluarga tanpa melibatkan proses dokumentasi yang panjang. Sekiranya anda memiliki nombor ahli Public Gold berdaftar, anda pun boleh pindahkan jumlah gram emas kepada sesiapa sahaja. (Meh sini, sedekahkan gram emas kepada PG026446 😛 ). Tambahan pula, emas memang tak terikat dengan mana-mana institusi kewangan – orang yang dah bankrup pun boleh memiliki emas!
Rumah: Pewarisan rumah melibatkan prosedur undang-undang yang lebih kompleks, seperti faraid atau surat ikatan amanah. Contohnya, jika seorang pemilik rumah meninggal dunia dan gagal menemui kata putus, waris perlu melalui proses mahkamah untuk menuntut hak mereka. Pendek kata, pemilikan rumah melibatkan banyak proses undang-undang, seperti undang-undang tanah dan hak pemilikan (Itu masih belum ambil kira kos guaman dan cukai). Anda perlu melalui proses dokumentasi dan pendaftaran hak milik di pejabat tanah.
07 – SCAM DAN PENIPUAN
Emas: Penipuan emas sering melibatkan skim pelaburan emas palsu atau emas leverage. Ini mungkin berlaku disebabkan kurangnya pengetahuan asas dalam belian dan simpanan emas. Sebagai contoh, sesetengah pihak menawarkan emas pada harga yang jauh lebih murah daripada pasaran, tetapi tidak pernah menyerahkannya kepada pembeli (hanya dijanjikan hibah bulanan). Nasihat ikhlas dari saya, pegang kata-kata ini. “Beli Emas, Pasti Dapat Emas. Sekiranya anda dijanjikan bulan dan bintang, sila laaaari jauh-jauh!”.
Rumah: Penipuan hartanah biasanya melibatkan penjualan rumah yang tidak wujud atau penipuan dokumen. Sebagai contoh, pembeli mungkin ditipu membeli hartanah yang sebenarnya belum dibina atau tidak sah dari segi undang-undang. Anda juga mungkin ditawarkan harga yang terlalu rendah dari pasaran normal dan bayaran wang pendahuluan yang memang tak masuk akal. Hati-hati, dah ramai yang terkena! (Rujuk poster di bawah, kredit imej PDRM)
08 -MOBILITI DAN NILAI PULANGAN
Emas: Emas mudah dipindahkan ke mana sahaja. Sebagai contoh, anda boleh membawa emas anda dari Malaysia ke luar negara tanpa masalah. Malah sekiranya berlaku kejadian yang tidak diigini seperti peperangan, emas masih lagi boleh dibawa dari sekecil-kecil item, hinggalah seberat-berat gram. Contoh terbaik boleh dirujuk pada sejarah emas Kim-Thanh sewaktu krisis perang Vietnam sekitar tahun 1970an. Rujuk gambar di bawah. Tambahan pula, dari segi nilai pulangan, ia masih lagi laku dan bernilai berbanding wang kertas (wang fiat).
Rumah: Oleh kerana peperangan berlaku, bolehkah nak pikul rumah ke-sana ke-mari? Sudah pasti tidak. Rumah tidak boleh dipindahkan. Ini bermaksud, jika anda memiliki rumah di satu lokasi, anda tidak boleh memindahkannya ke lokasi lain. Tiada cara untuk pindahkannya, melainkan anda memang penonton setia cerita Doraemon – yang memiliki pintu serba boleh. Namun, jika tiada apa-apa krisis terjadi, nilai rumah biasanya masih mempunyai nilai pulangan terbaik, meskipun ia memerlukan masa yang lama untuk meningkat. Namun, sekiranya anda kreatif, anda masih mampu menjana pendapatan menerusi sewaan atau jualan.
09 – PELUANG PERNIAGAAN
Emas: Salah satu kelebihan simpanan emas, sekiranya fokus dan bersunguh-sungguh, emas mampu menjadi platform menjana pendapatan pasif yang menarik. Public Gold ada menyediakan platform sebegini. Beli sahaja emas pada harga promosi yang ditawarkan, anda sudah layak bergelar sebagai normal dealer, atau priority dealer. Anda boleh rujuk artikel ini, bagaimana dealer yang tak aktif (dealer pasif), masih boleh menjanan pendapatan sampingan. Tak suka jadi dealer tapi mahu menjana pendapatan sampingan? Masih boleh ya 🙂 . Rujuk artikel ini untuk caranya.
Rumah: Menjadi ejen hartanah memerlukan latihan dan lesen. Sebagai contoh, untuk menjadi ejen hartanah di Malaysia, anda perlu melalui kursus selama 2 hari iaitu Negotiator Certification Course dan mendapatkan lesen yang diiktiraf oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Harta Tanah (https://lppeh.gov.my/WP2016/).
KESIMPULAN
Emas dan hartanah masing-masing mempunyai ciri kelebihan yang tersendiri dalam konteks pelaburan. Emas terkenal dengan kemudahannya untuk dicairkan, yang bermaksud ia boleh dijual dengan cepat dan mudah apabila diperlukan. Dengan modal yang kecil, emas boleh menjadi pilihan pelaburan jangka sederhana hingga panjang bagi pelabur yang mencari simpanan nilai yang stabil tanpa memerlukan komitmen besar.
Sebaliknya, pelaburan hartanah seperti rumah pada artikel ini memerlukan lebih banyak persediaan dari segi masa, modal, dan kepatuhan kepada peraturan undang-undang. Membeli rumah bukan sahaja memerlukan jumlah wang yang lebih besar, tetapi juga penglibatan dalam urusan undang-undang yang lebih kompleks. Walaupun begitu, ia masih menawarkan potensi keuntungan yang lebih tinggi dalam jangka panjang, terutama melalui peningkatan nilai aset dan pendapatan pasif seperti sewaan.
Kedua-duanya boleh dianggap sebagai aset yang penting dalam portfolio pelaburan, namun pemilihan antara kedua-duanya bergantung kepada keperluan kewangan individu. Emas lebih sesuai bagi mereka yang mencari pelaburan mudah dengan risiko yang lebih rendah, manakala hartanah seperti rumah menawarkan peluang untuk menambah kekayaan yang lebih besar bagi pelabur yang sanggup mengurus risiko dan kos yang lebih tinggi.
Selain itu, emas dan rumah juga memainkan peranan yang berbeza dalam menghadapi perubahan ekonomi. Emas sering dianggap sebagai pelindung nilai semasa ketidakstabilan ekonomi, manakala hartanah seperti rumah ini menawarkan kestabilan jangka panjang dengan potensi peningkatan nilai mengikut perkembangan ekonomi setempat.
Secara keseluruhannya, kedua-dua jenis pelaburan ini saling melengkapi dan boleh membantu mencapai matlamat kewangan yang berbeza. Pelabur yang bijak mungkin mempertimbangkan untuk menggabungkan emas dan pemilikan rumah dalam portfolio mereka, bergantung kepada tahap risiko yang sanggup diambil dan tempoh pelaburan yang diingini.
© EmasDanPerak.com