Gold Accumulation Program (Singkatan kepada GAP | dalam Bahasa Melayu : Program Akumulasi Emas) merupakan satu kaedah terkini yang dianjurkan oleh syarikat Public Gold International Berhad (PG) kepada orang ramai yang berhasrat untuk menjadikan emas sebagai satu portfolio pelaburan jangka panjang. Dikatakan, program ini adalah rentetan dari pengeluaran produk emas flexi bar seberat 1 gram yang boleh dipatahkan satu per satu.
Ada rangkaian cerita yang saya ingin kongsikan di sini. Antara soalan yang sering ditanya kepada saya berkaitan dengan jual beli emas adalah:
Memandangkan pada masa itu, masih lagi tiada pilihan, maka saya hanya boleh tawarkan tiga alternatif yang sesuai untuk ‘menyelamatkan wang simpanan mereka’ iaitu:
Berbalik kepada perkongsian utama saya, dengan adanya program GAP ini, 3 alternatif yang pernah ditawarkan sudah menjadi tidak berapa relevan untuk dipraktikkan 😀
Sebelum saya bercerita panjang, saya ringkaskan inisiatif GAP ini untuk memudahkan kefahaman anda:
Ini antara isu yang selalu ditanya. Proses untuk mendapatkan sijil pematuhan syariah, adalah satu proses yang sangat ketat. Namun, anda tak perlu ragu-ragu dengan GAP (atau SAP – Silver Accumulation Program) kini, kerana ianya telah patuh Syariah. Untuk pengetahuan anda, proses untuk mendapatkan sijil patuh syariah ini, telah mengambil masa lebih 3 tahun.
Baiklah, itu antara perkara asas program GAP yang harus difahami. Sebelum bercerita panjang, saya akan tukarkan cerita GAP ini kepada satu cerita yang lebih mudah.
Katakan, sekitar tahun 2014, Ahmad, seorang pelajar IPTA semester kedua, mempunyai simpanan berjumlah RM 500. Simpanan berjumlah RM 500 itu diperolehi hasil jualan topup yang beliau lakukan secara sambilan di universiti. Bimbang dengan jumlah wang mungkin beliau habiskan begitu sahaja, beliau berhasrat untuk menyimpan sejumlah wang tersebut dalam satu platform yang mana, beliau boleh gunakannya setelah tamat pengajian kelak.
Setelah mendapat saranan dari Dealer bertauliah Public Gold iaitu Rizal PG 026446, pada 7 September 2014, beliau telah memilih kaedah GAP dengan melakukan belian emas seberat 2 gram. Berdasarkan harga semasa pada waktu itu, 1 gram bersamaan dengan RM 140.00.
Kemudian, beliau telah menghantar keterangan yang berkaitan menerusi whatsapp kepada Public Gold (017-6756916) iaitu:
PG NEW BELI GAP RM 280 (2g) (22/08/2014 & 2.26pm)
920502-11-XXXX
019-1234567
namacontoh@gmail.com
GAP 2 gram
Introducer: PG 026446 Rizal
(Nota: Cara belian ini adalah kaedah terawal, terkini hanya perlu daftar secara online dan teruskan belian dan pembayaran menerusi FPX. Ahmad perlu daftar dahulu untuk dapatkan PG Code. Selepas dapat PG Code, Ahmad boleh lakukan belian ulangan tanpa perlu ke mesin ATM, dengan gunakan kemudahan FPX. (Rujuk Entri Ini Untuk Belian Gunakan FPX)
Setelah melakukan pembayaran secara online menerusi Maybank2u, biasanya Ahmad bakal mendapat makluman berkaitan pembelian menerusi email.
Umumnya, Public Gold menerima 2 jenis akaun pembayaran, iaitu:
Ahmad tidak perlu bimbang sekiranya notifikasi itu hilang kerana pihak Public Gold akan menyimpan segala data yang berkaitan. Paling penting adalah Ahmad perlu menghantar bukti pembayaran kepada pihak Public Gold (gap@publicgold.com.my) atau terus datang ke mana-mana cawangan Public Gold (contoh: dalam kes ini cawangan Kuala Terengganu).
Sekiranya Ahmad melakukan deposit menerusi ATM, beliau harus menyimpan resit asal dan perlu dibawa kepada pihak Public Gold secepat mungkin. Ini kerana, dakwat resit yang dicetak menerusi mesin ATM adalah tidak kekal (ATM tidak disarankan).
Katakan, setelah mendapat saranan dari Dealer Berdaftar Rizal PG 026446, Ahmad secara kebetulan berhasrat untuk pergi ke bandar untuk membeli belah dan ingin terus mendapatkan 1 gram di cawangan Kuala Terengganu tanpa mengisi format yang telah diceritakan sebelum ini (Cerita 1). Belian ini dipanggil “Belian Terus” → Outright Purchase.
Oleh itu, Ahmad perlu membayar RM 290 untuk 1 gram emas gred LBMA, iaitu satu harga tetap yang telah diputuskan oleh syarikat Public Gold. Harga ini adalah harga bebas GST.
Harga RM 290 adalah berdasarkan nilai semasa. Nilai RM 290 ini telah merangkumi kos premium (dahulu dikenali sebagai transportation cost+cukai kerajaan) yang telah ditetapkan oleh syarikat Public Gold. Harga akan datang mungkin naik atau turun berdasarkan pada trend emas semasa. Pada awal pengenalan GAP, 1 gram bernilai RM 160 (Kemudian dari RM 160->200->220>250>300>320>350).
Untuk perhatian, 1 gram keluaran Public Gold ini adalah mengikut standard LBMA (The London Bullion Market Association), yang diterima pakai seluruh dunia. Setiap keping emas 1 gram ini memiliki nombor siri yang unik. Ini adalah satu kelebihan utama yang diterapkan oleh Pihak Public Gold untuk meyakinkan para pengguna.
Untuk proses ini, saya pecahkan kepada tiga bahagian iaitu:
1. Withdraw (Dengan Produk Fizikal)
Sedar tidak sedar, Ahmad telah memiliki sekitar 19 gram simpanan emas.
Persoalan akan mula timbul setelah Ahmad berhasrat untuk mengeluarkan sebahagian simpanan tersebut sebanyak:
Situasi pertama: 2 gram – 5 gram
Ahmad berhasrat untuk mengeluarkan 2 gram emas yang dimilikinya. Pilihan terbaik buat Ahmad adalah memilih koleksi emas 1 gram yang ditawarkan.
Oleh itu, Ahmad akan menerima 2 keping emas gred LBMA seberat 1 gram setiap satu dengan nombor siri unik
[ilustrasi emas 1 Gram gred LBMA seperti Cerita 2], atau diberi pilihan berdasarkan tema-tema yang telah dikeluarkan oleh pihak Public Gold.
Ahmad juga akan dikenakan kos premium sebanyak RM 10 untuk setiap gram. (2 gram x RM 10 = RM 20). Berikut adalah contoh 1 gram gred LBMA yang dikeluarkan oleh Public Gold. Setiap versi bergantung kepada tahun/jenis peristiwa. [imej kredit 1g: Public Gold Marketing (M) Sdn Bhd]
Nota tambahan: Anda juga boleh beli emas ‘rare item’ menerusi PGMALL
Situasi kedua: 10 gram
Sekiranya Ahmad berhasrat untuk mengeluarkan 10 gram emas yang dimilikinya, pilihan terbaik buat Ahmad adalah menukar 1 keping emas gred LBMA seberat 10 gram.
Dari segi Premium Kos, Ahmad hanya dikenakan RM 10 sahaja.
Situasi ketiga: 1 gram – Gold in Transit (GIT)
Sekiranya Ahmad mempunyai kekangan dari segi masa, Ahmad boleh menggunakan kemudahan terbaharu yang ditawarkan oleh Public Gold; iaitu Gold in Transit. Hanya perlu login ke dahsboard, dan lakukan semuanya dari situ.
Sebagai contoh, sekiranya Ahmad ingin mengeluarkan 1 gram edisi Masjidil Haram (Kota Suci Mekah), Ahmad akan dikenakan kos premium RM 15 untuk se gram dan tambahan kos pengangkutan sebanyak RM 10
Sebelum perlaksanaan GST, kos premium bermula serendah RM 5. Namun anda jangan terkejut jika, semakin banyak gram emas yang anda keluarkan, semakin kurang kos premium atas setiap gram!
2. Buyback Dengan Wang (Lakukan proses jual balik kepada pihak Public Gold)
Katakan, pada 04 September 2016, Ahmad ingin mengeluarkan 10 gram emas yang telah dikumpul sebelum ini kerana ingin membuat bayaran muka untuk membeli sebuah motosikal. Berdasarkan harga pada 04 September 2016, 10 gram emas jika dijual balik kepada syarikat Public Gold, ia bernilai sekitar RM 173 untuk setiap gram.
Maka pihak Public Gold akan melakukan pindahan wang sebanyak RM 1731.00 ke dalam akaun Maybank Ahmad. Tiada sebarang caj tambahan dikenakan.
Ahmad lakukan belian pada harga RM 140/gram, maka 10 gram bersamaan RM 1400. Ahmad lakukan jualan balik (buyback) ke syarikat Public Gold pada harga RM 1731. Maka Ahmad telah mencatat keuntungan bernilai RM 331.
p/s: Polisi terbaharu yang dikeluarkan oleh Public Gold adalah, sebarang jualan balik dari akaun GAP kepada wang, nilai yang disandarkan berdasarkan emas 100g LBMA. Pendek kata, ianya lebih untung berbanding polisi terdahulu.
Sewaktu Ahmad membeli 1 gram emas gred LBMA (rujuk cerita 2), Ahmad secara tidak sengaja telah ‘merosakkan’ seal emas tersebut. Sudahla rosak, siap tulis nombor telefon makwe baru pula pada produk tersebut!
Maka, apabila dihantar kembali kepada syarikat Public Gold, Ahmad mungkin terpaksa mengeluarkan sedikit amaun tambahan atas ‘kerosakan menulis nombor telefon makwe tadi’ (hahaha). Kos yang perlu dikeluarkan mungkin sekitar RM 2 (namun masih bergantung kepada budi bicara pihak public gold).
NOTA TAMBAHAN:
Untuk item emas/perak bukan LBMA, apa jua kerosakan/kemek, public gold masih menerima tanpa sebarang masalah, dan nilai emas/perak tersebut tidak akan berkurang.
Untuk perhatian, semua jenis produk emas dan perak keluaran Public Gold boleh dibuka ‘seal’nya kecuali produk 1 gram gred LBMA. Ini membawa maksud, anda boleh gigit, carikkan, buat kesan calar pada kesemua produk Public Gold kecuali produk berstatus LBMA. Jadi, jagalah ‘seal’ LBMA dengan sebaiknya.
Saya telah kongsikan secara asas 4 kisah yang agak panjang untuk dibaca. Cerita 1 dan Cerita 2 adalah berkaitan dengan proses belian secara online dan belian terus. Cerita 3 pula sekiranya Ahmad melakukan proses withdraw (keluarkan item fizikal) atau jual balik (buy back), manakala Cerita 4 pula berkisar kepada implikasi yang diterima oleh Ahmad sekiranya berlaku ‘kecuaian’ yang tidak disengajakan.
Paling penting di sini adalah, menerusi inisiatif GAP ini, individu yang bernama Ahmad ini dapat mengumpulkan emas berdasarkan lebihan wang yang beliau perolehi setiap bulan/semester/tahun. Program GAP ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai bajet yang kecil namun berhasrat untuk melakukan simpanan jangka panjang.
Apa yang menariknya program GAP ini:
Maka, kembali kepada soalan asas dari tajuk yang telah saya nyatakan…
Adakah GAP ini satu permulaan yang baik?
Teknik mana yang paling menjimatkan kos?
[quote] Simpanlah 1 gram setiap bulan walaupun anda perlu menghabiskan sekitar 83 tahun untuk mengumpul 100g emas! Sekurang-kurangnya anda telah berusaha untuk mengubah cara kehidupan anda ke arah yang lebih baik [/quote]
Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada staf Public Gold Kuala Terengganu iaitu Sara, Xin, Ifah dan Faiza atas penerangan berkaitan produk Gold Accumulation Program
Untuk mengetahui harga dan informasi terkini, anda boleh like fanpage ini: Emas dan Perak Official
~Selamat Berkongsi Ilmu Allah~
-Rizal-
Public Gold ada lantik Penasihat Shariah tak?
Ya, ada. Public Gold telah melantik Amanie Advisors sebagai penasihat shariah untuk memantau aktiviti perniagaan Public Gold.
Saya bukan warganegara Malaysia, boleh saya beli emas Public Gold?
Ya, boleh sahaja, terutamanya akaun GAP ini. Hubungi saya untuk informasi lanjut
© EmasDanPerak.com