Cara Kiraan Spread Emas dan Perak

Pengenalan

Antara perkara penting dalam pembelian logam bernilai seperti emas dan perak bagi menentukan keuntungan dalam simpanan atau pelaburan logam bernilai adalah spread. (Bahasa Melayu-Logam Bernilai : Bahasa Inggeris-Precious Metals)

Istilah ‘Spread’ biasanya digunakan dalam subjek yang berkaitan dengan kewangan (finance). Spread melibatkan ‘bid’ (harga yang pelabur bersedia untuk membeli sekuriti atau aset) dan ‘ask’ (harga termurah yang pelabur bersetuju untuk menjual sekuriti atau aset)

Untuk entri ini, secara mudahnya, spread adalah beza harga jual berbanding harga beli.

Terdapat dua (2) kaedah asas untuk mengira spread. Kedua-dua kaedah ini boleh digunakan samada anda sebagai seorang pelanggan biasa, ataupun pada posisi pelabur emas. Kaedah tersebut adalah:

  • KAEDAH 1: Beza harga jualan dan harga belian per gram
  • KAEDAH 2: Beza dalam bentuk peratus

Memandangkan saya adalah seorang pengedar sah (authorized Master Dealer untuk Public Gold), maka saya akan menggunakan harga sebenar dari laman web Public Gold, dengan menggunakan harga pada 6 September 2016.

spread-2

Nota: Gred antara jongkong emas dan dinar emas adalah sama (24k LBMA), saya akan menggunakan contoh spread untuk 10 gram.

Untuk perhatian:

  • PG Sell bermaksud harga jualan yang dijual oleh pihak Public Gold kepada para pelanggan atau dealer.
  • PG Buy bermaksud harga belian balik yang ditawarkan oleh Public Gold sekiranya para pelanggan atau dealer ingin menjual semula kepada Public Gold.

Kaedah 1: Spread Dalam Ringgit Malaysia

Anda akan tunjukkan pengiraan spread berdasarkan beza harga jualan dan harga belian. Oleh itu, saya akan menggunakan jongkong emas (gold bar) 10 gram (ditandakan petak warna hitam), berketulenan 999 LBMA.

PG Sell = RM 1876. Ini bermaksud, harga jualan jongkong emas untuk 10 gram adalah RM 1876. Maka, harga jualan untuk satu gram adalah:

RM 1876 / 10 gram = RM 187.60 segram

PG Buy = RM 1726. Ini bermaksud, harga belian jongkong emas untuk 10 gram adalah RM 11726.

Maka, harga belian untuk satu gram adalah: RM 1726 / 10 gram = RM 172.60 segram

Oleh itu, spread jualan atas harga belian untuk 1 gram dalam Ringgit Malaysia (RM) adalah:

 RM 187.60 - RM 172.60 = RM 15.00

Maka, beza harga untuk 10 gram adalah: 15.00*10 gram = RM 150

Kaedah 2: Spread Dalam Peratus

Anda bakal ditunjukkan cara mengira spread berdasarkan kaedah peratusan.

Formula asas untuk pengiraan spread berdasarkan kaedah peratusan ini adalah:

 {Harga Jualan - Harga Belian) / (Harga Jualan)} * 100

Berdasarkan harga pada ilustrasi: PG Sell = RM 1876; PG Buy = RM 1726, oleh itu:

 (RM1876 - RM 1726) / (RM 1876) * 100

=  (RM 150) / (RM 1876) * 100 = 0.7996 * 100

Maka, spread untuk jongkong emas 10 gram adalah 8 %.

Dari aspek pelaburan, lebih rendah spread, maka lebih cepat potensi untuk mengaut untung.

Justeru, selain kemampuan modal; para pelanggan ataupun dealer seharusnya mengambil kira faktor peratusan spread sebagai permulaan sebelum menceburkan diri dalam simpanan dan pelaburan berteraskan logam berharga ini.

Jadual Rasmi Pengiraan Spread Oleh Public Gold

Disertakan juga kepada anda, satu jadual spread untuk memudahkan urusan anda lakukan simpanan emas. Peratusan spread yang dinyatakan di bawah adalah yang dikeluarkan secara rasmi oleh syarikat Public Gold. Justeru, anda boleh gunakannya untuk belian emas fizikal, ataupun menerusi GAP (Gold Accumulation Program). Paling penting, anda tak perlu kira satu per satu spread tu 🙂

ItemGramSpread
Gold Bar1 Gram9%
Gold Bar5 Gram9%
Gold Bar10 Gram9%
Gold Bar20 Gram8%
Gold Bar50 Gram7.5%
Gold Bar100 Gram7%
Gold Bar250 Gram6%
Gold Bar1,000 Gram6%
Jadual spread Emas Jongkong 24 LBMA (efektif 1 Januari 2017 hingga sekarang)
ItemGramSpread
1/2 Dinar2.125 Gram9%
1 Dinar4.25 Gram9%
5 Dinar21.25 Gram8%
10 Dinar42.50 Gram7.5%
Jadual spread Dinar Emas 24 LBMA (efektif 1 Januari 2017 hingga sekarang)

Semakin rendah spread, semakin cepat tempoh untuk mendapatkan balik modal simpanan/pelaburan. Kesemua produk LBMA dikecualikan dari GST

Penutup

Dari sudut perbandingan, saya juga menyarankan agar para pembaca melakukan perbandingan peratusan spread antara syarikat-syarikat yang menawarkan produk-produk yang berkaitan dengan logam berharga (precious metal) ini. Pelabur yang bijak dan berwaspada akan memilih syarikat yang menawarkan kadar spread yang tidak membebankan mereka. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

© EmasDanPerak.com