Panduan Asas Pengiraan Emas Per Gram

Pengenalan

Saya seringkali ditanya: Mana yang lebih untung, beli emas kilang atau beli emas di kedai emas?

Jawapan: Fahami kaedah asas pengiraan emas di kilang dan di kedai. Itu ibu segala ibu jawapan. 🙂

Untuk perhatian, harga emas di pasaran antarabangsa didagangkan dalam matawang US Dollar (USD), dan dinilaikan dengan Troy per auns (oz).

Troy per oz adalah unit pemberat asas untuk semua jenis logam berharga (precious metal) seperti emas, perak, platinum, palladium dan sebarang batu permata seperti berlian.

1 Troy per oz = 31.1gram

Sebagai contoh, pada 11 October 2013, harga emas di pasaran antarabangsa adalah $1273.20 per oz  (rujuk ilustrasi kitco.com di bawah).

emas-per-oz

Ini bermaksud, harga emas ketika ini adalah USD 1273.20 untuk setiap 1 troy auns.

Bagaimana nilai USD 1273.20 dalam Ringgit Malaysia? Berapa harga per gram?

Dua Langkah Pengiraan Emas

Langkah Pertama: Dapatkan harga untuk setiap gram dahulu

 USD 1273.20 / USD 31.1 = USD 40.9389

Ini bermaksud, harga untuk setiap gram emas adalah USD 40.9389.

Langkah Kedua: Tukarkan hasil dari langkah pertama kepada Ringgit Malaysia

Untuk menukarkan nilai USD 40.9389 kepada Ringgit Malaysia, saya akan menggunakan sumber dari website www.xe.com sebagai asas pertukaran, oleh itu:

currency131013

 40.9389 x 3.1770 = RM 130.06
(nota: 1 USD pada 11 Oktober 2013 adalah RM 3.17700)

Harga RM 130.06 per gram yang diperolehi di atas adalah harga ‘spot’. Harga spot ini tidak termasuk kos-kos sampingan yang terlibat dalam pembentukan emas fizikal (dalam bentuk jongkong, ukiran dan lain-lain kos)

Oleh itu, tawkey emas kilang akan membeli bekalan mentah emas dari pengeluar pada harga spot antarabangsa (dalam contoh di atas, RM 130.06 se gram)

Kemudian, mereka akan memproses menjadi emas dalam bentuk jongkong (atau dalam sebarang bentuk yang dikehendaki). Katakan, kos dari awal pemprosesan hingga ke stage akhir meliputi 9% dari jumlah asal, menjadikan jumlahnya adalah RM 11.71 (130.06 x 9% = RM 11.71).

RM 11.71 ini dikenali sebagai premium cost (Kos Premium). Ianya bermaksud, tawkey emas kilang akan menjual produk akhir itu pada harga:-

= Harga spot + 9%

= RM 130.06 + RM 11.71

= RM RM 141.77 . (saya bundarkan kepada RM 142 untuk memudahkan pengiraan)

Untuk kes di kedai emas pula, tawkey emas kedai akan naikkan kos premium itu dari 25% – 30%.

Ini akan menjadikan harga itu tinggi. Katakan, saya hanya ambil pada nilai 25%.

= RM 130.06 + (130.06 x 25%)
= RM 130.06 + 32.52
= RM 162.58 ~ RM 163 se gram

Beza harga emas kilang dengan emas kedai = 142 – 163 = RM 21 se gram

Justeru, jangan terkejut andaikata pada awal pembelian, anda membeli sebarang produk emas di kedai emas mencecah RM 3000. Kemudian, jika hendak dijual kembali ke kedai emas yang sama, mereka hanya tawarkan harga lebih rendah dari nilai yang dibeli (sebagai contoh, RM 2250)

Ini kerana, mereka hanya akan mengambil kira harga asal barang mentah sahaja (iaitu pada harga ‘spot’), merangkumi jumlah kos premium 25% yang telah mereka ambil sebelum ini. Jangan marah kat mereka ok! Mereka pun berhak untuk mengambil untung. Mereka juga terpaksa bayar kos-kos lain, seperti upah menggaji pekerja, utiliti, insurans, dan kos yang berkaitan.

Dengan penerangan ini, saya berharap anda faham, beza harga emas di kilang berbanding harga emas di kedai.

Kedua, perasankah anda, majoriti tawkey kedai emas tidak akan paparkan harga belian balik? Mereka hanya paparkan harga emas semasa sahaja. Kita pula terpaksa kowtim dengan mereka untuk mendapatkan harga yang dipersetujui.

Di public gold, harga itu sentiasa dapat dipantau menerusi PG Sell (Harga yang dijual oleh Pihak PG) dan PG Buy (Harga belian balik yang diambil oleh PG, sekiranya pelanggan ingin menjual semula produk).

pg-live-price

Kesimpulan

Harga Jual dan Harga Beli yang terang dan jelas akan menjadi pilihan pengguna. Itulah antara faktor yang menjadi kekuatan Public Gold. Pendek kata, terang, jelas dan tidak meragukan. Nak kira spread pun mudah. Sebagai contoh, katakan saya ingin membeli emas seberat 250 gram, maka spread untuk emas seberat ini adalah 4.5% sahaja.

Dari segi harga, jumlah yang perlu saya jelaskan adalah RM 35,574.

Kos Pengangkutan pula akan dikenakan sebanyak RM 50, menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM 35,624.

Jika petang tersebut saya nak jual, pihak Public Gold akan membayar kembali atas nilaian RM 33,973. (Tapi buat apa terus nak jual petang tu kan? Sudah tentu saya akan tunggu harga up sikit untuk saya kaut untung! 🙂 )

Selain itu, kos lokasi juga memainkan peranan. Sekiranya kilang untuk menghasilkan emas itu, berada di luar negara, maka harga yang ditawarkan juga akan lebih mahal berbanding kilang emas di dalam negara. Kita bertuah kerana, public gold memiliki kilangnya sendiri di Malaysia.

Pengiraan yang saya lakukan itu, adalah pada tahun 2013, bagaimana pula untuk tahun terkini ya? 🙂

Berikut dilampirkan spread terkini Public Gold.

Pada perenggan di atas, saya menyatakan, spread untuk item 250g hanyalah 4%. Namun, jika merujuk kepada spread yang dikeluarkan oleh pihak Public Gold (bermula 1 Januari 2017 dan ke atas), spreadnya berubah kepada 6%. Peningkatan ini disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran.

Penutup

Berbalik kepada persoalan di atas. Pada hemat anda, setelah memahami kaedah pengiraan emas per gram, mana yang lebih untung? Beli emas kilang atau beli emas di kedai emas?

© EmasDanPerak.com