Cara Mengira Spread Untuk Simpanan Emas dan Perak

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on google
Share on telegram
Share on twitter

Antara perkara terpenting dalam menentukan keuntungan dalam simpanan, atau pelaburan logam bernilai (seperti emas dan perak – bahasa Inggeris disebut precious metal) adalah spread.

Istilah ‘Spread’ biasanya digunakan dalam subjek yang berkaitan dengan kewangan (finance). Spread melibatkan ‘bid’ (harga yang pelabur bersedia untuk membeli sekuriti atau aset) dan ‘ask’ (harga termurah yang pelabur bersetuju untuk menjual sekuriti atau aset) Untuk topik ini, secara mudahnya, spread adalah beza harga antara jual dan harga beli. Terdapat dua (2) kaedah asas untuk mengira spread. Kedua-dua kaedah ini boleh digunakan samada anda sebagai seorang pengedar (dealer) atau pelanggan biasa. Kaedah tersebut adalah:

  1. Beza harga jualan dan harga belian per gram
  2. Beza dalam bentuk peratus

Memandangkan saya adalah seorang pengedar sah (authorized dealer) untuk Public Gold, maka saya akan menggunakan harga sebenar dari laman web Public Gold, dengan menggunakan harga pada 6 September 2016

spread-2

Memandangkan gred antara jongkong emas dan dinar emas adalah sama (24k LBMA), saya akan menggunakan contoh spread untuk 10 gram.

Untuk perhatian:

  • PG Sell bermaksud harga jualan yang ditawarkan oleh pihak Public Gold kepada para pelanggan atau dealer.
  • PG Buy bermaksud harga belian yang akan dibeli oleh Public Gold sekiranya para pelanggan atau dealer ingin menjual balik kepada Public Gold.

KAEDAH PERTAMA: SPREAD DALAM RINGGIT MALAYSIA
Anda akan tunjukkan pengiraan spread berdasarkan beza harga jualan dan harga belian. Oleh itu, saya akan menggunakan jongkong emas (gold bar) 10 gram (ditandakan petak warna hitam), berketulenan 999 LBMA.

PG Sell = RM 1876. Ini bermaksud, harga jualan jongkong emas untuk 10 gram adalah RM 1876. Maka, harga jualan untuk satu gram adalah:

RM 1876 / 10 gram = RM 187.60 segramPG Buy = RM 1726. Ini bermaksud, harga belian jongkong emas untuk 10 gram adalah RM 11726. Maka, harga belian untuk satu gram adalah: RM 1726 / 10 gram = RM 172.60 segramOleh itu, spread jualan atas harga belian untuk 1 gram dalam Ringgit Malaysia (RM) adalah: RM 187.60 - RM 172.60 = RM 15.00Maka, beza harga untuk 10 gram adalah: 15.00*10 gram = RM 150

KAEDAH KEDUA: SPREAD DALAM PERATUS
Anda bakal ditunjukkan cara mengira spread berdasarkan kaedah peratusan.

Formula asas untuk pengiraan spread berdasarkan kaedah peratusan ini adalah:

{(Harga Jualan - Harga Belian) / (Harga Jualan)} * 100

Berdasarkan harga pada ilustrasi: PG Sell = RM 1876; PG Buy = RM 1726, oleh itu:

= (RM1876 - RM 1726) / (RM 1876) * 100 = (RM 150) / (RM 1876) * 100 = 0.7996 * 100

Maka, spread untuk jongkong emas 10 gram adalah 8 %.

Dari aspek pelaburan, lebih rendah spread, maka lebih cepat potensi untuk mengaut untung.

Justeru, selain kemampuan modal; para pelanggan ataupun dealer seharusnya mengambil kira faktor peratusan spread sebagai ‘early steps’ sebelum menceburkan diri dalam simpanan dan pelaburan berteraskan logam berharga ini.

Dari sudut perbandingan, saya juga menyarankan agar para pembaca melakukan perbandingan peratusan spread antara syarikat-syarikat yang menawarkan produk-produk yang berkaitan dengan logam berharga (precious metal) ini. Pelabur yang bijak dan berwaspada akan memilih syarikat yang menawarkan kadar spread yang tidak membebankan mereka. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Disertakan juga kepada anda, satu jadual spread untuk memudahkan urusan anda lakukan simpanan emas. Peratusan spread yang dinyatakan di bawah adalah yang dikeluarkan secara rasmi oleh syarikat Public Gold. Justeru, anda boleh gunakannya untuk belian emas fizikal, ataupun menerusi GAP (Gold Accumulation Program).

Berikut disertakan Jadual spread untuk item-item gred 24k LBMA  – Gold Bar (efektif 1 Januari 2017)

Item Gram Spread
Gold Bar 1 Gram 9%
Gold Bar 5 Gram 9%
Gold Bar 10 Gram 9%
Gold Bar 20 Gram 8%
Gold Bar 50 Gram 7.5%
Gold Bar 100 Gram 7%
Gold Bar 250 Gram 6%
Gold Bar 1,000 Gram 6%

Berikut disertakan Jadual spread untuk item-item gred 24k LBMA  – Dinar (efektif 1 Januari 2017)

Item Gram Spread
1/2 Dinar 2.125 Gram 9%
1 Dinar 4.25 Gram 9%
5 Dinar 21.25 Gram 8%
10 Dinar 42.50 Gram 7.5%

Semakin rendah spread, semakin cepat tempoh untuk mendapatkan balik modal simpanan/pelaburan. Kesemua produk LBMA dikecualikan dari GST

SOAL JAWAB RINGKAS

Spread lagi rendah sesuai untuk jual atau beli?
Lebih rendah spread, lebih bagus. Namun dari segi harga, anda perlu lakukan belian gram yang banyak. Ini bermaksud, lagi rendah spread, lagi cepat pulang modal.

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on telegram
Share on whatsapp