Pelanggan | Soalan Umum

Harga GAP berubah setiap hari pada jam sekitar 12 malam sementara harga fizikal berubah setiap 20 minit, oleh itu dalam satu-satu masa, harga GAP lebih rendah atau tinggi dari harga fizikal.

Selain itu, harga GAP sama bagi setiap gram, tetapi harga fizikal tidak sama. Lebih besar emas fizikal, lebih rendah harga per gram.

We often send out our newsletter with news and great offers. We will never disclose your data to third parties and you can unsubscribe from the newsletter at any time.

“Troy ounce” (Oz) biasanya digunakan dalam sukatan logam-logam berharga seperti emas, perak atau platinum. Secara umumnya:

1 Troy Oz = 0.0311034768 Kilogram
1 Kilogram = 32.1507465686 Troy Oz

Bagi penganut agama Islam, zakat itu adalah wajib sepertimana yang telah dinyatakan dalam Al-Quran, sebagai contoh: Surah At-Taubah [ayat 103], Surah An-Nur [ayat 56] dan Al-Baqarah [ayat 83]. Malah lapan golongan penerima zakat (asnaf) turut diceritakan, sebagai contoh dalam Surah At-Taubah [ayat 60].

Selain dari “membersihkan” diri dan harta, antara hikmah zakat ini adalah memberi peluang kepada golongan hartawan (golongan berada) untuk beribadah dalam bentuk pengeluaran zakat dari harta mereka. Hati akan jadi tenang dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang telah diberikan.

Kadar (nisab) zakat yang dikenakan bagi emas adalah 85 gram dan ke atas (Bermaksud, selagi simpanan TIDAK MENCECAH 85 gram, tidak dikenakan zakat harta). Manakala perak pula adalah 595 gram dan ke atas. Selain itu, zakat wajib dikeluarkan bila cukup haul, iaitu 354 hari (tahun hijrah) atau 365 hari (tahun masihi)

Sebenarnya, ia bergantung kepada kemampuan (bajet) individu itu sendiri. Dan juga yang paling penting adalah komitmen dan azam. Namun, ramai yang gagal dalam simpanan emas disebabkan mereka mengamalkan formula ini.

Hasil – Belanja = Simpanan.

Sebenarnya, formula yang betul dalam simpanan emas (atau perak) adalah seperti berikut:

Hasil – Simpanan* = Belanja

Malah, Public Gold juga telah melakukan penambahbaikan dalam simpanan emas dengan memperkenalkan Gold Accumulation Program (GAP), yang mana, anda boleh lakukan simpanan mengikut masa kesukaan anda (hari/minggu/bulan/tahun) dengan pembelian serendah RM100. Info lanjut berkenaan GAP, boleh klik pada butang di bawah

Gold Accumulation Program (GAP)

Istilah ‘Spread’ biasanya digunakan dalam subjek yang berkaitan dengan kewangan (finance). Spread melibatkan ‘bid’ (harga yang pelabur bersedia untuk membeli sekuriti atau aset) dan ‘ask’ (harga termurah yang pelabur bersetuju untuk menjual sekuriti atau aset)

Untuk menjawab soalan ini, dari segi simpanan atau pelaburan emas (secara ringkas), spread adalah beza harga antara jual dan harga beli. Ia boleh dikira dari segi nilai (matawang) dan juga peratus. Perkongsian berkenaan spread, boleh rujuk pada artikel di bawah.

Apa itu Spread

Beza paling ketara ialah kualiti emas tersebut. Emas simpanan biasanya berkualiti emas 24 karat atau emas 999 (emas 10), tetapi emas perhiasan biasanya berkualiti emas 22 karat atau emas 916 (emas 9). Emas perhiasan mempunyai caj upah yang lebih tinggi, kurang sesuai untuk dijadikan simpanan dengan harapan pulangan tinggi.

Sebenarnya waktu paling sesuai beli emas ialah bila kita ada duit simpanan yang takkan digunakan dalam masa terdekat. Kalau nak tunggu harga rendah, siapa tahu esok harga akan rendah atau tinggi? Masih tak jelas. Anda boleh rujuk gambarajah di bawah ini:

Jika anda perhatikan, harga emas bulan Jun 2019 (RM196/gram) ke Jun 2024 (RM383/gram) sentiasa dalam trend menaik. Bila lagi nak turun ke RM196? :-)

Berdasarkan pengalaman lepas;

  1. Jika ada penyakit boros dan susah untuk menyimpan, simpanan emas adalah ubat terbaik.
  2. Gram emas tidak boleh dimanipulasi meskipun inflasi sering naik. Ini bermaksud, emas penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia. Simpan emas, kekayaan kita selamat dari inflasi dan risiko kejatuhan ringgit dalam jangka panjang.
  3. Sejarah dari zaman Rasulullah SAW membuktikan 1 dinar masih mampu membeli seekor kambing sejak 1400 dulu hingga sekarang, sedangkan nilai wang fiat (duit) semakin kecil dari tahun ke tahun.
  4. Emas adalah aset fizikal mampu milik. Kita boleh memiliki emas walaupun dengan bajet kecil, sekecil item 1 gram (bajet sekitar RM400). Sebaliknya, hartanah, anda perlukan sejumlah wang yang besar, baru boleh memilikinya.
  5. Emas adalah aset kewangan yang tidak boleh dibekukan oleh kerajaan. Orang bankrup ataupun sesiapa namanya disenarai-hitamkan juga boleh memiliki emas.
  6. Emas adalah aset terbaik untuk sorokkan kekayaan dan sebagai benteng terakhir kewangan keluarga kerana tidak ada siapa yang tahu berapa banyak emas yang kita miliki.

Pelanggan | Akaun Simpanan Emas Fizikal (GAP)

Harga GAP berubah setiap hari pada jam sekitar 12 malam sementara harga fizikal berubah setiap 20 minit, oleh itu dalam satu-satu masa, harga GAP lebih rendah atau tinggi dari harga fizikal.

Selain itu, harga GAP sama bagi setiap gram, tetapi harga fizikal tidak sama. Lebih besar emas fizikal, lebih rendah harga per gram.

Ya, boleh. Anda boleh keluarkan semua baki akaun GAP anda (bermula 1 Ogos 2024). Meskipun baki kosong gram, ia masih dikira KEKAL AKTIF.

Anda boleh bermula dengan simpanan serendah RM100 (Akaun Dewasa atau Akaun Junior).

Info lanjut berkenaan GAP, boleh rujuk pada artikel ini.

Gold Accumulation Program (GAP)

Beza paling ketara ialah kualiti emas tersebut. Emas simpanan biasanya berkualiti emas 24 karat atau emas 999 (emas 10), tetapi emas perhiasan biasanya berkualiti emas 22 karat atau emas 916 (emas 9). Emas perhiasan mempunyai caj upah yang lebih tinggi, kurang sesuai untuk dijadikan simpanan dengan harapan pulangan tinggi.

Akaun GAP biasa (GAP Dewasa) adalah untuk penyimpan 18 tahun dan ke atas sementara akaun GAP Junior untuk penyimpan bawah 18 tahun.

Maklumat ibu/bapa/penjaga diperlukan dalam pendaftaran akaun GAP Junior.

Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:

  • Sijil Kematian

  • Sijil Perkahwinan [ Suami/Isteri ], [ jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak ]

  • Salinan IC pewaris

  • Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris [ isteri/anak-anak ]

Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik.

Jika Ada Buat Easy Payment Purchased [ EPP ], waris boleh juga buat tuntutan. Ada 2 kemungkinan;

  • Jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 5% penalti atau

  • Waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.

* Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold

Dealer

Boleh. Langsung tiada masalah. Apa yang perlu difahami adalah, menjadi dealer akan mengecilkan nilai spread sedia ada berbanding pelanggan biasa. Spread sangat penting bagi mereka yang berada pada posisi pelabur.

Memandangkan anda sudah menjadi dealer, anda masih menikmati insentif sebanyak 1% – 2.0% (mengikut aras pangkat) ke atas mana-mana produk Public Gold (Berdasarkan harga PG Sell).

Malah, anda juga menikmati insentif 0.3% sekiranya anda jual kembali sebarang produk kepada Public Gold (Berdasarkan harga PG Buy).

Untuk penerangan lanjut berkaitan jawapan kepada soalan di atas, boleh rujuk pada artikel ini.

Dealer Pasif

Ringkasnya, sebagai Dealer (Wakil sah Public Gold), ini antara yang bakal anda nikmati berbanding pelanggan biasa

  • Insentif pembelian sendiri (1% – 2%, bergantung kepada pangkat anda)
  • Insentif jualan balik (buyback), iaitu 0.3%
  • Insentif akaun baru (referral incentive)
  • Insentif kereta idaman (My Dream Car)
  • Insentif overriding (overriding incentive)
  • Insentif pendidikan (supervisory incentive)
  • Insentif Pelancongan
  • Insentif Kumpulan (Group incentive)
  • Insentif pembelian aksesori (Accessories incentive)

(Penafian: Segala insentif yang ditawarkan oleh syarikat Public Gold tertakluk kepada terma dan syarat terkini yang telah ditetapkan)

Public Gold (PG) memperkenalkan 3 jenis Dealer iaitu:

  1. Normal Dealer
  2. Priority Dealer
  3. Master Dealer

Umumnya, untuk menjadi dealer Public Gold, modal minimum yang diperlukan adalah belian emas sebanyak 200gram. Pembelian mestilah dalam satu resit sahaja.

p/s: Pihak Public Gold juga seringkali menawarkan promosi hebat untuk menjadi dealer dengan modal kurang dari nilai 200gram. (Tips: Jangan lupa follow channel kami ya :-D)

Sebagai contoh, untuk bulan September 2016, penjawat awam boleh menjadi Normal Dealer dengan lakukan belian menerusi akaun GAP dengan modal serendah RM 5,000; manakala untuk pelajar IPT pula dengan serendah RM 2,500.

 

Ya, untuk mengesahkan anda menjadi seorang dealer rasmi, anda mesti beli "Wealth Card" yang berharga RM300.

Yang menariknya, nilai RM300 itu bukanlah 'wang hangus', namun anda akan dapat lagi emas 0.5g percuma.

Contoh wealth card seperti di bawah.

Menarik kan? :-)

© EmasDanPerak.com