Soalan:
Pada dua artikel lepas, saya telah berkongsi isu asas dalam pelaburan logam bernilai, iaitu spread. Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan pula bagaimana Dealer Public Gold (Agen Public Gold) menjana keuntungan dari pelaburan precious metal (emas & perak) berdasarkan pemilihan kaedah spread.
Dealer Public Gold terbahagi kepada 3 kumpulan:
**insentif belian balik sekitar 2015 dan tahun sebelumnya adalah 0.5%. Walaupun hakikatnya kelihatan margin jualan balik ini makin mengecil, namun dealer telah diberikan insentif lain sebagai ganti.
Kategori Normal Dealer dan Priority Dealer pula, boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
Artikel kali ini lebih tertumpu kepada Dealer Pasif (Normal dan Priority Dealer).
Saya akan tunjukkan kepada anda, ilustrasi visual, betapa untungnya menjadi dealer walaupun tanpa melakukan sebarang recruitment. (Tanpa recruitment di sini bermaksud; sekadar menjadi dealer untuk belian diri sendiri sahaja, tanpa melibatkan penambahan sebarang ‘recruitment’, atau belian dari pelanggan biasa).
Kumpulan Dealer yang ingin saya fokuskan adalah Priority Dealer Pasif, dan saya namakan agen ini sebagai Ahmad. Memandangkan Ahmad berstatus Priority Dealer; maka setiap kali melakukan pembelian, beliau akan mendapat insentif atas belian sebanyak 1.5% dari harga PG Sell.
Pada 24 Julai 2013, Ahmad telah membeli 2 item yang berkaitan:
Berikut adalah harga sebenar pada 24 Julai 2013:
Maka, jumlah insentif yang layak diberikan oleh pihak Public Gold kepada Ahmad adalah seperti berikut:
Berdasarkan perkiraan di atas, Ahmad telah mempunyai pegangan aset emas seberat 292.5 gram (250 gram + 42.5 gram) dengan mempunyai ekstra tunai sekitar RM 643. Masih ada lebihan tunai untuk membeli sekeping 1 Dinar π
Jumlah RM 643 ini akan dikreditkan oleh Pihak Public Gold pada bulan Ogos 2013, biasanya sekitar 20-22 setiap bulan ( bergantung kepada hari peristiwa).
Situasi yang dialami Ahmad ini mungkin berbeza sekiranya beliau sekadar menjadi pelanggan/pembeli biasa sahaja. Kenapa?
Katakan, sekiranya Ahmad mempunyai sejumlah wang yang banyak, namun masih keberatan untuk menjadi Dealer/Agen Public Gold, maka beliau tidak akan dapat menikmati insentif khas seperti yang ditawarkan ini. Pendek kata, perlu menunggu masa yang lebih lama untuk menjana keuntungan.
Insentif khas yang dinyatakan ini, akan sentiasa diperolehi meskipun Ahmad pada bulan Ogos sekadar membeli 10 dirham.
Memandangkan Ahmad adalah Priority Dealer, maka jumlah insentif yang bakal diterima oleh Ahmad untuk pembelian 10 dirham (perak tulen-99.99%) adalah:
Ya, jumlah RM 1.52 ini masih menjadi milik mutlak untuk seorang agen yang bernama Ahmad. Bagi seorang penyimpan, pelabur atau peniaga emas, RM 1.52 ini masih bernilai :- sekurang-kurangnya masih lebih baik dari pelanggan biasa yang tidak akan menerima apa-apa π (yang perlu menunggu kenaikan harga emas semata-mata)
Saya telah bawakan salah satu screenshot untuk tatapan anda. Jika anda perhatikan, tiada amaun pada bahagian ‘Total Introducer Commission’. Nilai yang tertera hanya pada Total Own Commission dan Total BuyBack. Ini bermaksud, agen ini hanya melakukan pembelian untuk diri sendiri sahaja.
Dengan insentif sebanyak RM 1,632.99, masih cukup untuk membeli 2 keping dinar, yang mana spread 2 keping dinar itu, bersamaan dengan membeli 2 jongkong emas seberat 20 gram. Selebihnya boleh digunakan untuk infaq atau lain-lain tujuan. Menarik tak? π
Di dalam Public Gold, tiada istilah paksaan untuk maintain “kaki kanan, kaki tengah atau kaki kiri”.
Sekiranya ada lebihan duit setiap bulan, saya cadangkan, tukarkanlah ia meskipun hanya mampu untuk membeli sekeping 10 dirham.
Emas dan Perak adalah “Pelindung Nilai Ulung”. Betul ke?
Dari Abu Bakar bin Abi Maryam, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, βAkan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham.β (Hadith oleh Imam Ahmad bin Hambal).
Berdasarkan pelarasan terbaharu, insentif atas ‘recruitment’ kali pertama akan diberikan kepada Upline. Manakala, insentif atas jualan balik (PG Buy) yang terbaharu adalah 0.3%. Segala pelarasan yang dilakukan adalah tertakluk kepada ‘terms and conditions’ yang telah ditetapkan oleh syarikat Public Gold
Cerita di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sewaktu berpangkat Priority Dealer π
Β© EmasDanPerak.com