Cara Beli 1 Gram Emas Menerusi My GAP (Gold Accumulation Program)

Selaras dengan kehendak dan permintaan semasa, syarikat Public Gold telah menambah baik sistem pembelian emas GAP (Gold Accumulation Program) yang telah diperkenalkan sekitar tahun 2014. Entri berkaitan GAP ini telahpun saya ulas sebelum ini (Klik Sini Untuk Baca).

Ternyata, sambutan terhadap GAP ini sangatlah menggalakkan. Apa tidaknya, kita semua tidak perlu menunggu duit yang banyak untuk membeli ketulan demi ketulan emas – boleh mulakan belian emas dengan 1 gram sebagai permulaan!

Untuk entri kali ini pula, saya akan tunjukkan cara melakukan pembelian emas GAP menggunakan satu portal baharu yang telah ditambah baik syarikat Public Gold untuk kemudahan pelanggan sedia ada. Sebelum ini, pembelian emas menerusi GAP ini dilakukan menerusi beberapa kaedah iaitu:

  1. Dealer bertauliah
  2. Datang sendiri (Walk in)
  3. SMS/Whatsapp
  4. Email

Terkini, pembelian emas (menerusi GAP sahaja) boleh dilakukan menerusi portal yang telah ditambah baik fungsinya.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan proses belian 2 gram emas GAP 🙂

Saya menggunakan contoh dan belian sebenar yang telah saya lakukan pada 24 Julai 2015, sekitar jam 6.30 am – 7.30 am (kan dah cakap, tak perlu tunggu duit ada puluh puluh ribu kat bank 🙂 )

Ada 2 proses yang mesti difahami:

  • proses pembayaran
  • proses pengesahan data

PROSES PEMBAYARAN
Jika ini kali pertama anda berhasrat untuk lakukan belian, anda perlu lakukan pendaftaran terlebih dahulu.

(klik di sini untuk pendaftaran)

Link pendaftaran di atas adalah untuk pelanggan yang tidak pernah mempunyai PG Code. Selepas anda menekan butang yang disediakan di atas, sistem akan memaparkan satu ‘dialog popup’ dan tekan butang OK.

new-code-gap

Isikan segala informasi yang diminta.

register-gap

PENTING: SILA DAFTAR DENGAN INTRODUCER YANG SAH!
Anda boleh lakukan semakan dengan menekan butang ‘Check Introducer’ yang disediakan.

check-introducer

Sistem akan memaparkan perkataan ‘valid introducer’ untuk memastikan anda lakukan belian dari introducer yang sah.

valid-introducer

Teruskan proses pendaftaran dengan mengisi password pilihan, tick semakan sekuriti (I am human) dan tekan butang submit.

register-gap-2

Semak email dan teruskan belian menerusi butang Login

[bagi pelanggan sedia ada (yang mempunyai PG Code, anda boleh terus tekan butang Cancel dan terus ke ruangan Login]

Hubungi saya sekiranya anda hadapi sebarang masalah

Seterusnya, rujuk pada harga terkini 1 gram GAP.

 

 

Berdasarkan ilustrasi di atas, harga 1 gram emas GAP pada 07 September 2014 diniagakan pada RM 140. (Harga emas GAP sentiasa berubah-ubah mengikut tahun). Buat masa ini, harga program GAP akan dikemaskini sekali setiap hari  yang mana perubahan harga tersebut dapat dilihat pada jam 12 tengah malam.

Langkah kedua, disarankan agar mendepositkan dahulu jumlah bayaran yang telah ditetapkan. Berdasarkan kes sebenar saya, pada 24 Julai 2015 saya ingin membeli 2 gram emas GAP (pada masa itu, 1 gram bernilai RM 145). Justeru, jumlah yang perlu saya depositkan ke akaun Maybank Public Gold adalah RM 290.

Dengan menggunakan kemudahan perbankan internet (Maybank2u), berikut adalah keterangan berkaitan

gap-payment-1

Sila pastikan nombor akaun syarikat adalah betul ( 5571-3923-8048 ), dan sertakan email ( gap[@]publicgold.com.my ) untuk memudahkan urusan pihak syarikat.

Setelah pengesahan pembayaran dilakukan, terdapat 2 maklumat penting dan 2 tindakan susulan yang perlu dibuat untuk mengelakkan sebarang permasalahan.

gap-payment-2

Simpan segala rekod transaksi yang telah dijalankan. Pada ilustrasi di atas, terdapat 2 kotak terpenting iaitu kotak yang berwarna biru dan merah. Kebiasaannya, apa yang saya lakukan adalah melakukan satu rekod tambahan ke dalam perisian notepad/pspad  dan simpan rekod tersebut sebaiknya.

gap-payment-3

Seterusnya, jangan lupa untuk menekan butan cetak resit ‘Print receipt’ dan simpan rekod tersebut untuk digunakan sebagai bukti pembayaran ke syarikat Public Gold. (Saya tandakan dengan petak warna merah pada ilustrasi di bawah)

gap-payment-4

Setelah selesai proses pembayaran ini, kita beralih pula pada langkah seterusnya…

PROSES PENGESAHAN DATA

Langkah Pertama, pilih menu Login dan masukkan informasi pengguna dan kata laluan dengan betul dan juga ‘check’ kata kunci keselamatan yang telah disediakan.

 

gap-portal-3

 

Setelah memasukkan kata nama dan kata laluan yang betul, sistem akan memaparkan lagi satu menu terbaharu yang diberi nama My GAP. Pada langkah kedua ini, klik pada menu My GAP

gap-buy-2

 

Satu paparan baharu akan muncul. Tempoh ‘loading’ platform ini bergantung kepada kelajuan talian internet di kawasan anda.

 gap-portal-9

 

Langkah ketiga, klik pada menu Purchase

gap-portal-10

 

Satu paparan baharu akan muncul. Apa yang perlu dilakukan adalah klik pada menu ‘Add New’ seperti yang saya tunjukkan di bawah

gap-portal-11

 

Setelah itu, sistem sekali lagi akan memaparkan satu laman baharu. Setakat entri ini ditulis, terdapat 3 bahagian utama iaitu Customer Information; Balance As-of; dan Purchase Information. Apa yang perlu dimasukkan data adalah di bahagian Purchase Information iaitu pada kotak yang telah saya tandakan warna hijau (lain-lain rekod terpapar tidak perlu diusik apa-apa lagi).

gap-portal-12

 

Flashback
Berdasarkan transaksi sebelum ini, saya berhasrat untuk membeli 2 gram emas GAP, yang mana harga 1 gram pada 24 Julai 2015 masih diniagakan pada RM 145.00

Langkah keempat, tambah-suai maklumat:

pada Payment Date/Time; Purchase Amount dan Attachment seperti ilustrasi berikut.

gap-buy-7

Pada Mode of Payment, memandangkan saya telah menggunakan perkhidmatan Maybank2u online, maka saya telah memasukkan amaun RM 290 dan nombor rujukan pada baris ‘Bank-In’ seperti di bawah (rujuk kotak bertanda warna merah).

gap-buy-8

 

Setelah segala informasi diisikan dengan betul, tekan butang request untuk langkah seterusnya.

Sistem akan memaparkan satu mesej popup untuk pengesahan. Apa yang perlu dilakukan adalah klik butang OK

gap-buy-9

 

Sistem akan memaparkan ringkasan transaksi yang telah dilakukan (rujuk kotak warna hitam di bawah). Ia masih dalam status requested

gap-buy-10

 

Status pembelian juga akan turut dikemaskini serta merta. Pada bahagian Purchase, ia memaparkan status ‘Requested’ – saya hanya perlu menunggu semakan dari pihak Public Gold sahaja 🙂

gap-buy-11

 

Setelah selesai semua urusan, anda boleh klik Logout.

gap-buy-12

 

Berdasarkan SOP yang telah dinyatakan syarikat Public Gold, setiap proses Purchase atau Buy Back akan diproses sekitar 24-48 jam. Sekiranya tiada apa-apa masalah, anda akan menerima notifikasi menerusi email pada hari yang sama.

gap-buy-13

Sekiranya anda menerima email ini, untuk pengesahan, disarankan agar membuka kembali sistem tersebut. Antara perubahan yang bakal anda lihat adalah pada status pengesahan pembelian. Ilustrasi di bawah saya ekstrak dari sistem.

gap-buy-14

Berdasarkan ilustrasi ekstrak di atas, didapati status Purchase ‘Confirmed’ telah bertukar ke status ‘Approved’. Manakala, keterangan di bahagian ‘Purchase of GAP/SAP’ juga telah bertukar dari ‘Submitted’ ke ‘Approved’.

~Tutorial tamat~

Kesimpulan

  1. Layari laman web www.publicgold.com.my
  2. Pilih menu Login >> My GAP
  3. Lakukan pembayaran menerusi platform yang disediakan
  4. Masukkan informasi yang betul pada bahagian Purchase
  5. Tunggu pengesahan syarikat (berdasarkan terma dan syarat)

Mudah sahaja kan? Dengan sistem baharu yang telah diperkenalkan oleh syarikat Public Gold ini, pada hemat saya, telah menjimatkan banyak masa. Cuma harapan saya agar sistem ini lebih responsive dan ‘mobile friendly’.

Apa lagi yang anda tunggu?  Dah tak perlu ada duit ribu-ribu untuk beli emas. Tambahan pula, harga emas memang sudah murah ketika ini. Berdasarkan sejarah, harga tertinggi untuk 1 gram sekitar RM 180++ sahaja.

Untuk pertanyaan atau pembelian, anda boleh hubungi saya menerusi platform yang telah saya sediakan.

 

© EmasDanPerak.com