Puratakan Belian Anda!

Pengenalan

Antara isu yang sering ‘mengganggu’ pemikiran bakal pembeli emas atau perak adalah harga semasa. Rata-rata, ramai yang berminat untuk membeli logam mulia ni, namun bila tengok pada harga, terus ‘purak-purak pengsan’.

Soalannya, adakah EMAS ATAU PERAK yang bakal nak dibeli itu mahal atau murah?

Salah satu teknik atau kaedah yang biasa digunakan oleh ‘orang lama’ dalam niche logam mulia ini menerusi “KAEDAH PEMURATAAN”.

Jadi, bagi mereka yang masih kurang jelas berkaitan kaedah pemurataan ini, jom ikuti entri ini 🙂

Berikut disertakan satu jadual belian dari satu gram emas GAP untuk setiap bulan, bermula dari bulan Ogos 2015 hinggalah ke Julai 2016. (Nota: angka belian gram GAP diubah dari jumlah belian asal).

table-1-belian-1g-gap

Memandangkan belian yang dilakukan ini adalah konsisten setiap bulan, untuk sepanjang 12 bulan (setahun), saya telah berjaya mengumpul 12 gram emas. Hasil jumlah untuk setahun belian adalah RM 2,042.

Bagaimana untuk mengetahui purata belian yang dilakukan?

Ianya mudah sahaja. Bahagikan sahaja Jumlah belian dengan Jumlah Gram emas yang dibeli.

Maka, jumlah purata yang diperolehi untuk satu gram emas sepanjang tahun belian tersebut adalah RM 170.17

table-2-purata-gap

Di manakah kedudukan RM 170.17 ini sebenarnya?

Berdasarkan pada jadual pertama yang telah disediakan di atas, nilai RM 170.17 itu berada pada sekitar bulan 7 dan 8 pada tahun 2016.

table-3-position-purata-gap

Sekiranya anda perasan, saya sertakan juga satu peristiwa lain, iaitu BREXIT, yang mana telah menyebabkan berlaku kenaikan mendadak untuk harga 1 gram emas GAP.

Masih Mahal Ke RM 170?

Berikut saya sertakan pula harga terkini untuk 1 gram emas GAP, iaitu sekitar 3 bulan selepas BREXIT.

gap-24-sept

Jika diperhatikan, jumlah 1 gram pada 24 September 2016, adalah sekitar RM 190.

Harga purata yang dikira pada contoh di atas pula adalah RM 170. Ini bermaksud, harga yang anda beli masih lagi murah sebenarnya 🙂

Kesimpulan

Dengan lakukan teknik @ kaedah pemurataan, sebenarnya harga belian yang anda lakukan setiap bulan adalah jauh lebih murah berbanding harga semasa. Bagi mereka yang telah lakukan belian dari awal (atau sejak GAP diperkenalkan). maka jika dipuratakan, harga yang anda habiskan untuk belian setiap gram masih lagi rendah sebenarnya, meskipun berlakuk kenaikan harga emas yang tidak dijangka.

Bagi yang masih berkira-kira untuk belian pertama, bila sebenarnya anda mahu bermula?

Ajukan sebarang permasalahan anda menerusi platform yang disediakan, atau pada bahagian komen di bawah.

© EmasDanPerak.com