BIAR BETUL PELANGGAN BIASA BOLEH KAUT UNTUNG DENGAN GAP??? 1 GRAM JER???
Tajuk entri post ini agak cliche. Cliche kerana ini antara soalan yang biasa juga saya terima cara termudah untuk ‘buat duit tunai’ menerusi emas. Ini kerana, pada posisi pelanggan, memang kelebihan yang dimiliki agak kurang berbanding dealer Public Gold, terutamanya dari segi spread. Namun, semenjak Public Gold telah memperkenalkan Gold Accumulation Program (GAP) dari 2014, pelanggan yang tiada modal besar pun boleh ‘berniaga dan buat duit’ menerusi program GAP ni. Soalannya, bagaimana ya?
Jadi, pada entri kali ini saya akan kongsikan apa yang saya pelajari dari mentor saya (Tuan Haji Wazir) kepada anda. Ia merupakan satu teknik yang simple but absolutely powerful (mudah dan sangat ampuh) untuk dipraktikkan. Teknik ini bebas diamalkan, tanpa mengira anda siapa, dan yang paling penting – bukan dealer pun boleh buat duit daaa…yay!
Berikut saya senaraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan.
Anda perlu daftar menjadi pelanggan Public Gold terlebih dulu. Layari link ini (www.publicgold.com.my) dan lakukan pendaftaran PERCUMA untuk belian emas GAP. Jika anda ada masalah untuk pendaftaran, hubungi sahaja saya untuk saya tolong daftarkan. Bagi pelanggan sedia ada, anda boleh terus ke ruangan Login.
(Nota: Jika anda lakukan pendaftaran PERCUMA, anda akan diberikan akaun sementara. Untuk aktifkan akaun tersebut, anda perlu lakukan belian sebenar untuk sebarang jenis item emas dan perak keluaran Public Gold. Sila hubungi saya menerusi WhatsApp, Telegram atau Facebook untuk tindakan selanjutnya. Ataupun, anda boleh sahaja klik tutorial tambahan yang telah saya berikan: Cara-Cara Nak Daftar Percuma dan Beli GAP Pertama Anda )
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda buat:
LANGKAH 1:
Lakukan pindahan wang secara online ke salah satu akaun ini:
Seterusnya, pilih salah satu Langkah 2(a) atau Langkah 2(b) seperti di bawah
LANGKAH 2(a):
Hantar butiran yang dinyatakan ini kepada ‘ ktb@publicgold.com.my ‘ dan ‘ publicgoldmalaysia@gmail.com ‘
LANGKAH 2(b)
WhatsApp informasi berikut kepada Mr. Wilson: 017-794 8916
Wakil syarikat Public Gold, iaitu Mr. Wilson, akan lakukan semakan dan pendaftaran PG Code.
Lakukan belian emas GAP sekurang-kurangnya 2 gram. Proses belian anda boleh lakukan menerusi platform FPX , atau cara biasa (whatsapp). Belian boleh dilakukan setelah anda daftar (Langkah Pertama di atas). Kenapa kena ada minimum 2 gram belian? Ini kerana anda perlu tinggalkan sekurang-kurangnya 1 gram akaun emas anda. Jika nak keluarkan semua pun, takde masalah. Cuma untuk proses belian seterusnya, anda bakal dikenakan admin fee sebanyak RM50 (Pada saya, RM 10 dah banyak weh!). Jadi, tinggalkan sahaja baki 1 gram di dalamnya. Masih tak jelas? Anda ada akaun kat bank kan? Aha, kat situ pun, kita kena tinggalkan sejumlah wang sebagai baki minimum 🙂
Setelah pengesahan belian dilakukan oleh syarikat Public Gold (jika nak cepat, pakai kemudahan belian menerusi FPX, dalam masa 24 jam dah setel), maka bolehlah anda keluarkan 1 gram dari akaun. Setiap 1 gram yang dikeluarkan, akan dikenakan kos premium sebanyak RM 10. Semakin besar gram yang dikeluarkan, semakin kecil kos premium yang perlu dibayar. Sebagai contoh, anda hanya dikenakan RM40 sahaja untuk pengeluaran emas jongkong seberat 50g. Namun dalam entri ini, andaikan hanya nak withdraw (keluarkan item fizikal) untuk 1 gram.
Maka kos premium yang terlibat hanyalah RM 5 sahaja. Bila dah setel 3 Langkah di atas, maka baru boleh mula buat untung!
Macam mana nak kaut untung dengan 1 gram ni?
Baiklah, untuk tindakan seterusnya, anda perlu lihat harga Jualan Runcit yang Dicadangkan, atau SRP (Suggested Retail Price) untuk item 1 gram Public Gold. Berdasarkan harga terkini, 1 gram emas LBMA bernilai RM 250.
Maka, untung kasar yang anda perolehi untuk setiap gram adalah:
= RM 250 – (RM 191 + RM 5)
= RM 54 untuk setiap gram!
(Nota: Harga 1 gram SRP sebelum ini adalah RM 220 – 31 Mei 2017. Terkini, 1 gram emas SRP bernilai RM 290)
Jadi, anda sudah nampak ‘peluang besau’ yang anda boleh lakukan meskipun anda bukan seorang Dealer Public Gold? 🙂
Tak salah untuk sekali sekala jadi ‘tamak’ 🙂 Justeru, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan sertai group yang menjual beli emas & perak secara sah, sebagai contohnya, satu group di facebook yang diberi nama Jom Emas 2 (facebook.com/groups/364641797030359).
Komuniti di dalam group Jom Emas 2 ini terdiri dari pelbagai lapisan – pembeli, penjual, pengumpul item lama. Pendek kata, anda akan temui, pelbagai jenis item emas dan perak sedia ada, item rare, atau pelbagai jenama yang mungkin anda tak pernah dengar sebelum ini. Anda juga bakal temui pelbagai jenis harga, dari harga yang murah kepada harga yang tak masuk akal!
(Nota: Walaupun begitu, saya sarankan agar anda lakukan urusniaga (jual-beli) dengan individu/organisasi yang betul-betul anda kenali profil atau reputasinya.)
Anda bakal terlebih untung jika nombor siri yang anda miliki itu, memang unik. Nombor siri unik biasanya sangat disukai oleh pengumpul item rare. Bila dah unik, harga pun lagi melambunglah!
(Kredit Imej: CikguEmas.com)
Jadi, setelah anda keluarkan item fizikal tu, semak-semaklah dulu nombor sirinya ya 🙂
Anda masih ada soalan? Jangan segan dan silu hubungi saya di WhatsApp, Telegram atau Facebook
© EmasDanPerak.com