Kedai Emas Pun Ada Di Kem Pelarian?

Pengenalan

Bunyinya agak pelik, mahupun kedengaran agak janggal, tetapi itulah hakikatnya. Di kem pelarian pun ada kedai emas!

Walaupun secara realitinya seolah-olah hilang hak kewarganegaraan; di kem Balukhali (Cox’s Bazar), masih terdapat tujuh kedai emas yang menjadi ‘nadi ekonomi’ untuk pelarian Rohingya. Dan impaknya, ia turut memberi manfaat kepada warga Bangladesh yang berdekatan.

Ini telah dibuktikan menerusi tinjauan yang dilakukan oleh wartawan SinarTv (Hidayah Hairom dan Liza Hasan) bahawa logam mulia ciptaan Allah ini memang mempunyai tarikan yang sangat kuat pada umat manusia – tanpa mengira status!

Meskipun warga Rohingya ini masih dalam keadaan daif, dengan harga sekitar 3739 Taka (anggaran RM 187 ) untuk setiap gram, emas masih diurusniagakan dan dimanfaatkan untuk tujuan simpanan, perhiasan mahupun perkahwinan.

Terbukti, atas apa jua keadaan ekonomi sekalipun, emas masih penambat nilai yang diperakukan nilai intrinsiknya merentasi sempadan dan benua.

https://www.youtube.com/watch?v=vVWwjNCNnSE

Bagaimana dengan kita pula ya? Jika warganegara yang dinafikan hak seperti warga Rohingya masih percaya dengan ketinggian nilai emas, adakah kita masih ingin mengatakan simpan-beli-jual emas ini satu perkara yang tidak menguntungkan?

Adakah nilai keuntungan emas itu berdasarkan pada nilai jual-belinya atau pada beratnya?

Jika masih bersandarkan pada nilai jual-belinya, saya masih berpegang kepada nasihat seorang mentor emas, iaitu Tuan Mohd Zulkifli – Jika wang simpanan anda berada sekitar RM 10,000 dan ke bawah, fokus sahaja kepada simpanan emas, bukan pelaburan emas.

Payahlah simpan emas ni, hilang nanti susah. Nah, di sinilah gunanya akaun emas tanpa upah simpan yang dikelolakan oleh Public Gold. Menerusi kemudahan ini, kita semua boleh mulakan simpanan dengan 2 pilihan:

  • pilihan pertama – simpanan serendah RM 100
  • pilihan kedua – simpanan serendah 1 gram emas

cara belian pun mudah, dan kedua-dua pilihan ini PATUH SYARIAH 🙂

Saya doakan semoga lembaran 2018 yang bakal kunjung tiba ini bakal menjadi tahun baharu untuk mulakan simpanan emas.

Saya doakan semoga lembaran 2018 ini, kita semua tidak takut untuk berjual-beli dengan emas.

Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi saya menerusi platform yang disediakan:

[elementor-template id=”1217″]

SOAL JAWAB RINGKAS

Kenapa harga emas sekejap naik, sekejap turun?”

Harga emas naik dan turun itu hanyalah dari segi nilai jual-belinya. Juga ia bergantung kepada faktor penawaran dan permintaan. Namun, dari segi berat (gram), ianya tetap sama. Berikut disenaraikan perbandingan 1 gram emas dengan nilaian RM (Ringgit Malaysia)

  • 1 Januari 2017, 1 gram emas bersamaan RM 179
  • 1 Jun 2017, 1 gram emas bersamaan RM 191 (naik RM 12)
  • 1 Disember 2017, 1 gram emas bersamaan RM 185 (turun RM 6)

(Sumber harga : www.publicgold.com.my)

© EmasDanPerak.com