Gold Accumulation Program (GAP): Satu Permulaan Yang Baik?

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on google
Share on telegram
Share on twitter

Gold Accumulation Program (Singkatan kepada GAP | dalam Bahasa Melayu : Program Akumulasi Emas) merupakan satu kaedah terkini yang dianjurkan oleh syarikat Public Gold International Berhad  (PG) kepada orang ramai yang berhasrat untuk menjadikan emas sebagai satu portfolio pelaburan jangka panjang. Dikatakan, program ini adalah rentetan dari pengeluaran produk emas flexi bar seberat 1 gram yang boleh dipatahkan satu per satu.

Ada rangkaian cerita yang saya ingin kongsikan di sini. Antara soalan yang sering ditanya kepada saya berkaitan dengan jual beli emas adalah:

  • “boleh ke saya beli 1 gram je encik?”
  • “Saya berminat, tapi kalau 1 dinar tu banyak sangatlah saya kena bayar…”
  • “Encik Rizal tolong bayarlah dulu, pastu saya bayar ansur-ansur…hehehe” ~ Huhu, ni yang paling jem nenas 🙂

Memandangkan pada masa itu, masih lagi tiada pilihan, maka saya hanya boleh tawarkan tiga alternatif yang sesuai untuk ‘menyelamatkan wang simpanan mereka’ iaitu:

  1. Belian secara EPP (Easy Payment Purchase)
  2. Belian produk 10 Dirham (perak tulen 99.99%)
  3. Simpan duit secara berkala setiap bulan, dan beli emas yang dimahukan bila sudah mencapai sasaran simpanan berdasarkan harga emas semasa.

Berbalik kepada perkongsian utama saya, dengan adanya program GAP ini, 3 alternatif yang pernah ditawarkan sudah menjadi tidak berapa relevan untuk dipraktikkan 😀

Sebelum saya bercerita panjang, saya ringkaskan inisiatif GAP ini untuk memudahkan kefahaman anda:

  • Belian disokong oleh 100% emas fizikal
  • Belian melalui 2 kaedah, iaitu:
    • pembelian minimum RM100, atau di dalam gandaan RM50
    • pembelian 1 gram berdasarkan harga emas semasa
  • Tiada had simpanan (boleh simpan sebanyak mana yang disukai)
  • Pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpulkan melalui 2 cara iaitu:
    • Jongkong emas
    • Duit (Berdasarkan harga semasa PG Buy)
  • Pengeluaran minima adalah 1 gram
  • Tiada had pengeluaran
  • Sekiranya ingin mengeluarkan semua simpanan emas, disarankan untuk tinggalkan 1 gram sebagai minimum simpanan. sekiranya anda telah mengeluarkan semua dan ingin kembali membeli emas, anda akan dikenakan RM 50  yuran pengaktifan.
  • Tiada yuran simpanan (storage fee) samada harian, bulanan atau tahunan
  • Boleh berurusniaga 24 jam sehari, 365/366 hari setahun

GAP NI PATUH SYARIAH KE TAK?

Ini antara isu yang selalu ditanya. Proses untuk mendapatkan sijil pematuhan syariah, adalah satu proses yang sangat ketat. Namun, anda tak perlu ragu-ragu dengan GAP (atau SAP – Silver Accumulation Program) kini, kerana ianya telah patuh Syariah. Untuk pengetahuan anda, proses untuk mendapatkan sijil patuh syariah ini, telah mengambil masa lebih 3 tahun.

Artikel asal ini ditulis pada blog KuasaDinarEmas.com, iaitu sebelum perlaksanaan GST. Justeru, selepas perlaksanaan GST ini, banyak perkara telah berubah. Penulis akan mengemaskini sebaik mungkin untuk memastikan informasi yang diberikan adalah tepat dan sesuai dengan keadaan semasa

Baiklah, itu antara perkara asas program GAP yang harus difahami. Sebelum bercerita panjang, saya akan tukarkan cerita GAP ini kepada satu cerita yang lebih mudah.

 

CERITA 1: PROSES BELIAN ONLINE

Katakan, sekitar tahun 2014, Ahmad, seorang pelajar IPTA semester kedua, mempunyai simpanan berjumlah RM 500. Simpanan berjumlah RM 500 itu diperolehi hasil jualan topup yang beliau lakukan secara sambilan di universiti. Bimbang dengan jumlah wang mungkin beliau habiskan begitu sahaja, beliau berhasrat untuk menyimpan sejumlah wang tersebut dalam satu platform yang mana, beliau boleh gunakannya setelah tamat pengajian kelak.

Setelah mendapat saranan dari Dealer bertauliah Public Gold iaitu Rizal PG 026446, pada 7 September 2014, beliau telah memilih kaedah GAP dengan melakukan belian emas seberat 2 gram. Berdasarkan harga semasa pada waktu itu, 1 gram bersamaan dengan RM 140.00.

 

gap-price

 

Kemudian, beliau telah menghantar keterangan yang berkaitan menerusi perisian percuma whatsapp/sms/wechat kepada Public Gold (017-6756916) iaitu:

PG NEW BELI GAP RM 280 (2g) (22/08/2014 & 2.26pm)
920502-11-XXXX
019-1234567
namacontoh@gmail.com
GAP 2 gram
Introducer: PG 026446 Rizal

Setelah melakukan pembayaran secara online menerusi Maybank2u,  biasanya Ahmad bakal mendapat makluman berkaitan pembelian menerusi email.

Umumnya, Public Gold menerima 2 jenis akaun pembayaran, iaitu:

  • Maybank (Nombor akaun khas untuk GAP: 5571-3923-8048) atau
  • Public Bank Berhad (Nombor akaun: 3167-52-0833)

Ahmad tidak perlu bimbang sekiranya notifikasi itu hilang kerana pihak Public Gold akan menyimpan segala data yang berkaitan. Paling penting adalah Ahmad perlu menghantar bukti pembayaran kepada pihak Public Gold (gap@publicgold.com.my) atau terus datang ke mana-mana cawangan Public Gold (contoh: dalam kes ini cawangan Kuala Terengganu).

Sekiranya Ahmad melakukan deposit menerusi ATM, beliau harus menyimpan resit asal dan perlu dibawa kepada pihak Public Gold secepat mungkin. Ini kerana, dakwat resit yang dicetak menerusi mesin ATM adalah tidak kekal.

Secara umumnya, itu adalah rutin yang Ahmad akan tempuhi setiap kali ingin melakukan belian dengan menggunakan kaedah GAP.

Cerita 2 : Proses Belian Terus

Katakan, setelah mendapat saranan dari Dealer Berdaftar Rizal PG 026446, Ahmad secara kebetulan berhasrat untuk pergi ke bandar untuk membeli belah dan ingin terus mendapatkan 1 gram di cawangan Kuala Terengganu tanpa mengisi format yang telah diceritakan sebelum ini (Cerita 1). Belian ini dipanggil “Belian Terus”.

Oleh itu, Ahmad perlu membayar RM 250 untuk 1 gram emas gred LBMA, iaitu satu harga tetap yang telah diputuskan oleh syarikat Public Gold. Harga ini adalah harga bebas GST.

Harga RM 250 adalah berdasarkan nilai semasa. Nilai RM 250 ini telah merangkumi kos premium (dahulu dikenali sebagai transportation cost) yang telah ditetapkan oleh syarikat Public Gold. Harga akan datang mungkin naik atau turun berdasarkan pada trend emas semasa. Pada awal pengenalan GAP, 1 gram bernilai RM 160 (Kemudian dari RM 160->200->220).

Untuk perhatian, 1 gram keluaran Public Gold ini adalah mengikut standard LBMA (The London Bullion Market Association), yang diterima pakai seluruh dunia. Setiap keping emas 1 gram ini memiliki nombor siri yang unik. Ini adalah satu kelebihan utama yang diterapkan oleh Pihak Public Gold untuk meyakinkan para pengguna.

1g-lbma-front

Gambar Sisi Depan Emas 1 Gram Gred LBMA

1g-lbma-back

Gambar Sisi Belakang Emas 1 Gram Gred LBMA

Cerita 3 : Proses Withdraw Atau Proses Buyback

Untuk proses ini, saya pecahkan kepada dua bahagian iaitu: 

  1. Tebus dengan produk fizikal – Ia dipanggil Withdraw
  2. Buy Back (Jual semula) dengan duit

1. Withdraw (Dengan Produk Fizikal)
Sedar tidak sedar, Ahmad telah memiliki sekitar 19 gram simpanan emas.

Persoalan akan mula timbul setelah Ahmad berhasrat untuk mengeluarkan sebahagian simpanan tersebut sebanyak:

  1. Situasi pertama: 2 gram – 5 gram
  2. Situasi kedua: 10 gram

Situasi pertama: 2 gram – 5 gram

Ahmad berhasrat untuk mengeluarkan 2 gram emas yang dimilikinya. Pilihan terbaik buat Ahmad adalah memilih koleksi emas 1 gram yang ditawarkan.

Oleh itu, Ahmad akan menerima 2 keping emas gred LBMA seberat 1 gram setiap satu dengan nombor siri unik

[ilustrasi emas 1 Gram gred LBMA seperti Cerita 2], atau diberi pilihan berdasarkan tema-tema yang telah dikeluarkan oleh pihak Public Gold.

Ahmad juga akan dikenakan kos premium sebanyak RM 5 untuk setiap gram. (2 gram x RM 5 = RM 10).  Berikut adalah contoh 1 gram gred LBMA yang dikeluarkan oleh Public Gold. Setiap versi bergantung kepada tahun/jenis peristiwa. [imej kredit 1g: Public Gold Marketing (M) Sdn Bhd]

 

 

 

Situasi kedua: 10 gram

Sekiranya Ahmad berhasrat untuk mengeluarkan 10 gram emas yang dimilikinya, pilihan terbaik buat Ahmad adalah menukar 1 keping emas gred LBMA seberat 10 gram.

Yang menariknya, Ahmad hanya dikenakan kos premium RM 10 sahaja.

10g-lbma

[imej kredit : Public Gold Marketing (M) Sdn Bhd]

2. Buyback Dengan Wang (Lakukan proses jual balik kepada pihak Public Gold)
Katakan, pada 04 September 2016, Ahmad ingin mengeluarkan 10 gram emas yang telah dikumpul sebelum ini kerana ingin membuat bayaran muka untuk membeli sebuah motosikal. Berdasarkan harga pada 04 September 2016, 10 gram emas jika dijual balik kepada syarikat Public Gold, ia bernilai sekitar RM 173 untuk setiap gram.

harga-gap-04-09-16

Maka pihak Public Gold akan melakukan pindahan wang sebanyak RM 1731.00 ke dalam akaun Maybank Ahmad. Tiada sebarang caj tambahan dikenakan.

Ahmad lakukan belian pada harga RM 140/gram, maka 10 gram bersamaan RM 1400. Ahmad lakukan jualan balik (buyback) ke syarikat Public Gold pada harga RM 1731. Maka Ahmad telah mencatat keuntungan bernilai RM 331.

p/s: Polisi terbaharu yang dikeluarkan oleh Public Gold adalah, sebarang jualan balik dari akaun GAP kepada wang, nilai yang disandarkan berdasarkan emas 100g LBMA. Pendek kata, ianya lebih untung berbanding polisi terdahulu.

Cerita 4 : Implikasi Jika Kerosakan Pada Kad

Sewaktu Ahmad membeli 1 gram emas gred LBMA (rujuk cerita 2), Ahmad secara tidak sengaja telah ‘merosakkan’ seal emas tersebut. Sudahla rosak, siap tulis nombor telefon makwe baru pula pada produk tersebut!

Maka, apabila dihantar kembali kepada syarikat Public Gold, Ahmad terpaksa menerima hakikat emas tersebut sudah jatuh ke taraf ‘used gold’. Secara tidak langsung, sekiranya Ahmad ingin menukarkan emas itu ke dalam bentuk tunai, maka harga perlu dirujuk pada bahagian Classic/BungaMas/Tai Fook Series 24k (Harga bergantung kepada pasaran semasa). Maka, secara tidak langsung, spread harga yang sedia ada (8%) akan naik ke 10%

Rujuk ilustrasi di bawah:

d-series-2

Untuk perhatian, semua jenis produk emas dan perak keluaran Public Gold boleh dibuka ‘seal’nya kecuali produk 1 gram gred LBMA. Ini membawa maksud, anda boleh gigit, carikkan, buat kesan calar pada kesemua produk Public Gold kecuali produk 1 gram LBMA. Sebab itu anda dapati, emas gred ini sudah siap dengan ‘seal’.

PENUTUP

Saya telah kongsikan secara asas 4 kisah yang agak panjang untuk dibaca. Cerita 1 dan Cerita 2 adalah berkaitan dengan proses belian secara online dan belian terus. Cerita 3 pula sekiranya Ahmad melakukan proses withdraw (keluarkan item fizikal) atau jual balik (buy back), manakala Cerita 4 pula berkisar kepada implikasi yang diterima oleh Ahmad sekiranya berlaku ‘kecuaian’ yang tidak disengajakan.

Paling penting di sini adalah, menerusi inisiatif GAP ini, individu yang bernama Ahmad ini dapat mengumpulkan emas berdasarkan lebihan wang yang beliau perolehi setiap bulan/semester/tahun. Program GAP ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai bajet yang kecil namun berhasrat untuk melakukan simpanan jangka panjang.

Apa yang menariknya program GAP ini:

  • Tiada sebarang kos simpanan dikenakan. Anda boleh bertanyakan pihak bank, berapa caj tahunan yang dikenakan untuk menyimpan barang-barang berharga.
  • Kadar spread (beza harga beli dan jual) yang masih rendah.
  • Walaupun sekiranya terjadi kes-kes seperti ‘used gold’ , jika dijual balik kepada Public Gold, syarikat akan menerima tanpa sekatan. Jika kes ‘used gold’ ini melibatkan pihak bank, mereka tidak akan menerima dan terpaksa menjualkan kepada kedai emas biasa dengan kadar spread sekitar 20% – 25%.
  • Kumpul dan tukarkan jenis emas berdasarkan pilihan hati [Rujuk Cerita 3]
  • Kualiti emas gred LBMA yang tak perlu dipertikaikan.

Maka, kembali kepada soalan asas dari tajuk yang telah saya nyatakan…

Adakah GAP ini satu permulaan yang baik?

Teknik mana yang paling menjimatkan kos?

[quote] Simpanlah 1 gram setiap bulan walaupun anda perlu menghabiskan sekitar 83 tahun untuk mengumpul 100g emas! Sekurang-kurangnya anda telah berusaha untuk mengubah cara kehidupan anda ke arah yang lebih baik [/quote]

Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada staf Public Gold Kuala Terengganu iaitu Sara, Xin, Ifah dan Faiza atas penerangan berkaitan produk Gold Accumulation Program

Untuk mengetahui harga dan informasi terkini, anda boleh like fanpage ini: Senangnya Beli Emas

~Selamat Berkongsi Ilmu Allah~

-Rizal-

SOAL JAWAB RINGKAS

Public Gold ada lantik Penasihat Shariah tak?
Ya, ada. Public Gold telah melantik Amanie Advisors sebagai penasihat shariah untuk memantau aktiviti perniagaan Public Gold.

Saya bukan warganegara Malaysia, boleh saya beli emas Public Gold?
Ya, boleh sahaja, terutamanya akaun GAP ini. Hubungi saya untuk informasi lanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *