Kenapa Perlu Menjadi Dealer?

Pengenalan

Artikel kali ini akan membincangkan secara ringkas kepentingan menjadi dealer (atau disebut pengedar) dalam Public Gold.

PERLUKAH MENJADI DEALER SEBENARNYA?

Ini antara soalan lazim yang sentiasa saya terima. Rata-rata bertanyakan perbezaan asas dealer dan bukan dealer. Bahkan, ada yang beranggapan, menjadi dealer akan ‘memaksa diri’ untuk mencari orang/organisasi – objekifnya untuk mendapat keuntungan segera berdasarkan target yang ditetapkan! Jujurnya, pandangan itu juga yang digunapakai oleh saya, yang pada masa itu, terlibat dengan beberapa syarikat MLM niche kesihatan/ niche produk fizikal.

Namun, hakikatnya sangat berbeza bila saya mula terlibat dengan niche pelaburan logam mulia ini. Ini juga antara soalan yang ditanya oleh Introducer saya, tuan Haji Wazir. Pada masa itu, jawapan saya hanyalah dua, (1)nak simpan dan (2) juga nak berniaga. Terbayang juga pasal ‘side income’ sebab melihatkan beliau telah berjaya dalam industri emas 🙂

RUPANYA, PANDANGAN ITU SALAH

Hakikat yang sebenar adalah, dengan menjadi dealer menerusi platform Public Gold, saya berjaya mengecilkan spread yang sedia ada, kepada spread yang lebih kecil, sekaligus masa yang perlu saya tunggu untuk ‘balik modal’ akan menjadi lebih cepat, berbanding dengan pelanggan biasa. Inilah PENJIMATAN SEBENAR yang diterima berbanding pelanggan biasa.

Bagi mereka yang kali pertama mendengar istilah ini, spread (beza harga) adalah penentu utama yang membezakan keuntungan Dealer Public Gold dengan Pelanggan Biasa Public Gold. Sesiapa yang terlibat dalam pelaburan emas; sebagai contoh 0.5% spread, walaupun pada zahir, angka itu kecil, namun dari segi keuntungan (merujuk kepada duit), ia merupakan satu angka yang besar.

Peringkat Dealer Dalam Public Gold

Dalam organisasi Dealer Public Gold sendiri, terdapat 3 jenis Dealer, iaitu:

1. Normal Dealer (1.0% + 0.3%)

2. Priority Dealer (1.5% + 0.3%)

3. Master Dealer (2.0% + 0.3%)

Berdasarkan pada pengiraan asas di atas, beza setiap peringkat hanyalah 0.5% sahaja (cth: 2.0% – 1.5%). Manakala, untuk setiap buyback (jual balik), setiap Dealer menerima jumlah peratusan yang sama, iaitu 0.3%. Saya bawakan satu kes belian yang dilakukan. Pada 02 September 2015, saya telah membeli 100g emas. Pada masa itu, 1gram GAP bernilai RM 164.

Memandangkan saya sebagai Master Dealer, setiap kali saya lakukan belian peribadi, saya akan diberikan 2% insentif. Maka, jumlah yang bakal saya perolehi adalah RM 328. Jumlah RM 328 ini akan saya perolehi pada bulan berikutnya. Spread untuk 100g pula adalah 7% sahaja.

APA MAKSUDNYA?
Berdasarkan pengiraan di atas, kos untuk saya dapatkan ‘pulangan modal’ hanyalah RM 16,072 sahaja. Ia masih tidak termasuk untung atas kenaikan emas, dan insentif tambahan 0.3% jika dijual balik kepada Public Gold. Malah dari segi spread pula, belian 100g emas hanyalah 4.7% sahaja (7% – 2.3%).

Berbeza pula dengan pelanggan biasa, mereka perlu menunggu sehingga cecah RM 16,400 (untuk dapatkan pulangan modal), dan kos spread juga masih sama, iaitu 7%.

Jimat tak jadi Dealer?

Jadi, sekiranya anda ingin kecilkan spread berbanding pelanggan biasa, jangan buang masa, lakukan tindakan dengan menjadi dealer. Lupakan tentang segala ‘bonus dan insentif’ yang ditawarkan, kerana bonus dan insentif akan dan sering berubah-ubah!

Penutup

Bermula dari pengajaran itu, saya kini lebih cenderung untuk menyimpan dari bulan ke bulan, meskipun jumlah yang saya peruntukkan setiap bulan, hanyalah 1 gram sahaja. Manakala, sekiranya ada yang berminat untuk membeli menerusi saya, itu hanyalah rezeki tambahan yang diberikan Allah semata-mata kepada saya. Setiap kali duit yang saya perolehi dari perniagaan online dan offline yang saya jalankan, akan saya ‘ambil sedikit’ untuk pembelian emas. Jujur saya katakan, ia memerlukan disiplin dan istiqamah. Bukan mudah untuk mendidik diri dalam pengurusan kewangan sebenarnya.

© EmasDanPerak.com