8 tahun bukan tempoh yang singkat. Ia penuh dengan suka dan duka.
Dalam 8 tahun Public Gold Marketing Sdn Bhd (930830-K) telah berjuang untuk mendapatkan ‘Pematuhan Syariah/Shariah’ (Shariah Compliance).
Akhirnya pada 16 Disember 2016, Public Gold telah memperolehi status pematuhan syariah dari Amanie Advisors. Buat masa ini, Public Gold adalah satu-satunya syarikat bukan berstatus bank yang menerima sijil akuan pematuhan syariah ini.
Pematuhan ini melibatkan:
Ini baharu untuk fasa pertama.
Dalam isu pematuhan syariah, terdapat beberapa terma yang perlu difahami. Istilah yang digunakan adalah:
Perlu diingatkan bahawa, emas adalah antara salah satu kategori barang ribawi. Sebarang penangguhan yang tidak munasabah akan mencetuskan unsur riba – dan ini yang perlu dijauhi.
Penentuan pematuhan syariah ini memerlukan kumpulan pakar yang benar-benar mempunyai integriti, tauliah, kredibiliti dan berdaftar. Justeru, Public Gold telah melantik Amanie Advisors Sdn. Bhd. (www.amanieadvisors.com) yang diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar untuk memperincikan urusniaga dan modus operandi yang dilakukan oleh syarikat Public Gold, bagi memastikan isu pematuhan syariah diakui.
Seperti yang dinyatakan di atas, pada fasa pertama ini, tiga telah diperakui, iaitu:
Berkenaan 3 perkara ini, saya akan salin sepenuhnya apa yang ditulis oleh Ustaz Khairul Anuar Mohd Basri Al-Hafiz, (klik nama untuk post penuh) memandangkan beliau lebih arif dalam bidang muamalah islam.
<-PENJELASAN BERMULA:
Proses utama dalam produk ini ialah:
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
Proses utama dalam produk ini adalah:
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
PENJELASAN BERAKHIR->
Semoga Penjelasan yang telah dikeluarkan beliau, memudahkan urusan kita untuk bermuamalat mengikut lunas-lunas yang disarankan syariah.
Untuk fasa kedua pula, Public Gold dalam proses untuk mendapatkan pematuhan syariah untuk:
Secara amnya saya juga menantikan pengumuman rasmi berkaitan fasa kedua ini, walaupun secara praktikalnya, ia telah dilakukan.
Jadi, perkara yang sudah kabur sebelum ini, telah menjadi semakin jelas bukan? Apa yang tunggu hanyalah mulakan sahaja simpanan pertama anda.
Bila nak bermula tu 🙂 ?
Sebarang pertanyaan, atau permasalahan, anda boleh hubungi saya menerusi platform yang disediakan.
Bagaimana pula dengan Kutu Emas?
Jauhi skim kutu emas! Jauhi sejauh mungkin!
© EmasDanPerak.com