7 kelebihan simpan emas

  • Tidak terkesan dengan inflasi, ketidakstabilan ekonomi atau politik
  • Emas adalah magnet kekayaan
  • Aset yang mudah dicairkan (jual/pajak)
  • Duit simpanan tidak bocor
  • Emas diterima seluruh dunia
  • Fitrah manusia yang mudah tertarik pada emas
  • Sesiapa sahaja boleh miliki emas, hatta seorang yang bankrup!

Masih tercari-cari poster harga GAP untuk pelanggan?

Masih tercari-cari poster harga GAP untuk pelanggan?

Masih tercari-cari poster harga GAP untuk pelanggan?

Masih tercari-cari poster harga GAP untuk pelanggan?

Daftar Percuma →

Soalan Lazim

Harga GAP berubah setiap hari pada jam sekitar 12 malam sementara harga fizikal berubah setiap 20 minit, oleh itu dalam satu-satu masa, harga GAP lebih rendah atau tinggi dari harga fizikal.

Selain itu, harga GAP sama bagi setiap gram, tetapi harga fizikal tidak sama. Lebih besar emas fizikal, lebih rendah harga per gram.

Beza paling ketara ialah kualiti emas tersebut. Emas simpanan biasanya berkualiti emas 24K atau emas 999, tetapi emas perhiasan biasanya berkualiti emas 22K atau emas 916. Emas perhiasan mempunyai caj upah yang lebih tinggi, kurang sesuai untuk dijadikan simpanan dengan harapan pulangan tinggi.

Sebenarnya waktu paling sesuai beli emas ialah bila kita ada duit simpanan yang takkan digunakan dalam masa terdekat. Kalau nak tunggu harga rendah, siapa tahu esok harga akan rendah atau tinggi?

Beza paling ketara ialah ukuran dan design. 1 dinar = 4.25 gram. Dari segi design, set dinar bentuk bulat sementara emas jongkong (gold bar) Bungamas atau Tai Fook bentuk petak.

Zakat Emas/Perak tetap wajib dibayar, namun setelah menepati syarat-syarat ini:

  • jumlah emas simpanan cecah 85 gram atau lebih

  • cukup setahun (haul)

Maka, wajib bayar zakat pada kadar 2.5% daripada harga semasa. Maklumat lanjut di zakat.com.my

Akaun GAP biasa adalah untuk penyimpan 18 tahun dan ke atas sementara akaun GAP Junior untuk penyimpan bawah 18 tahun.

Maklumat ibu/bapa/penjaga diperlukan dalam pendaftaran akaun GAP Junior.

Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:

  • Sijil Kematian

  • Sijil Perkahwinan [ Suami/Isteri ], [ jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak ]

  • Salinan IC pewaris

  • Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris [ isteri/anak-anak ]

Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik.

Jika Ada Buat Easy Payment Purchased [ EPP ], waris boleh juga buat tuntutan. Ada 2 kemungkinan;

  • Jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 5% penalti atau

  • Waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.

* Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold

Public Gold merupakan syarikat jual beli emas pertama di dunia yang mempunyai sijil kepatuhan syariah

  • Dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd

  • Patuh syariah bagi belian dan jualan emas fizikal dengan bayaran penuh (Outright Purchase), bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP), jualan balik (Buy Back)

  • Patuh syariah bagi belian akaun emas GAP

Gold-In-Transit (GIT)

Servis penghantaran emas secara pos ke rumah yang pertama di Malaysia.

  • Semua item bersaiz 5 dinar (21.25 gram) dan ke bawah akan dipos ke rumah

  • Penghantaran dipercayai dan berinsuran

  • Charges of RM10/parcel to Peninsula and RM20/parcel to Sabah/Sarawak

Pembayaran dalam talian FPX

Cara Pembayaran FPX memudahkan pengguna membuat pembelian secara online menerusi hampir semua bank di Malaysia

  • Pembayaran FPX dikemaskini dalam sistem Public Gold secara automatik

  • Tiada caj servis dikenakan kepada pelanggan

  • Pelanggan menerima bukti pembayaran sebagai rekod dan rujukan

© EmasDanPerak.com