Jika anda ada beli emas ke, perak ke, pernah tak anda dapat gambar carta berkaitan harga emas atau perak dalam group WhatsApp ? Garisan biru, merah, kuning berselirat. Ada nombor besar terpampang. Kat bawah pula ada kotak tulis Hong Kong, London, New York… Lepas tu ada yang taip: “Emas jatuh!!!”
“BANG, SAYA TENGOK CARTA NI MACAM BACA TULISAN DOKTOR. SATU APA PUN TAK FAHAM!”
Haa… bertenang dulu ๐ Sebab tu la saya buka halaman Belajar Baca Carta ni. Kita belajar baca carta emas dan perak sikit-sikit, mula dari kosong.
Satu perkara saya nak jelaskan awal-awal: siri ni bukan kelas meramal harga. Saya tak ajar bila nak beli, bila nak jual. (Pasal ‘bila masa sesuai nak beli’ tu, saya dah luahkan dalam artikel Stressnya! Bila Masa Sesuai Nak Beli Emas Ni?) Tujuan siri ni satu je: bila anda tengok carta, anda faham apa yang anda tengok.
Tengok dua carta ni. Kedua-duanya tangkapan skrin dari laman goldprice.org dan silverprice.org, pada 2 Oktober 2026, pukul 5:15 petang waktu New York.

Rupa dia hampir sama. Paksi bawah ialah jam 0 hingga 24 ikut waktu New York. Kotak berwarna di bawah carta tulis nama pasaran: Hong Kong, London, Sydney, New York. Harga pula dalam dolar Amerika seauns.
Tapi tengok nombor pada hari tu:
Sama-sama seauns, tapi yang seorang ribu, yang seorang puluh. Kembar tak seiras betul ๐
“EH BANG, KENAPA PERAK MURAH SANGAT? EMAS RIBU, PERAK PULUH JE???”
Haa… yang tu kita akan cerita pada entri akan datang ya.
Untuk perhatian: ini harga pasaran dunia pada hari tangkapan skrin, sekadar contoh untuk belajar. Ia bukan harga hari ini, dan bukan harga anda beli atau jual di Public Gold.
Bahasa mudah, cara baca carta emas dan perak hampir sama, tapi perangai lain sikit. Sebab tu saya pecahkan kepada dua siri.
Siri Carta Emas: Cara Baca Carta Harga Emas [link akan dikemaskini]
Paksi harga dan masa, warna garisan, waktu pasaran ikut jam Malaysia, carta lilin, dan berita ekonomi yang orang pasaran pantau.
Siri Carta Perak: Cara Baca Carta Harga Perak [link akan dikemaskini]
Kenapa nombor perak kecil, cara cari garisan hari ini, bila harga rujukan perak keluar, dan beza spread emas dengan perak.
Saolan berbalik kepada tujuan asal anda. Nak simpan emas? Nak simpan perak? Nak simpan emas dan perak?
Carta goldprice.org dan silverprice.org tadi guna waktu New York. Cara tukar ke jam Malaysia ada dalam Pintu 1.
Caranya saya dah terangkan dalam Panduan Asas Pengiraan Emas Per Gram.
Kenapa harga emas naik turun [PAUTAN: #41], nak mula simpan emas [PAUTAN: #1], dan simpan perak untuk orang kebanyakan [PAUTAN: #27].
Pendek kata, tak perlu jadi pakar pun. Kita belajar baca carta, bukan meramal harga. Pilih satu pintu, ikut satu-satu, lama-lama kita boleh jadi pakar baca carta dah. Siap boleh cerita kepada orang lain lagi ๐
Ingat lagi mesej “Emas jatuh!!!” dalam group tadi? Jatuh berbanding bila, dan berapa banyak? Lepas habis satu siri, anda boleh semak sendiri.
Jadi, carta mana yang anda selalu tengok, emas atau perak? Bahagian mana yang paling buat anda pening? Kongsi di ruangan komen di bawah. Mana tahu, soalan anda jadi pelajaran seterusnya.
Nota. Angka carta ialah tangkapan skrin bertarikh 2 Oktober 2026. Cuma, data pasaran bergerak laju, dan kadang-kadang sumber pun tak sama antara satu dengan lain. Kalau ada yang jumpa angka yang tak tepat atau bercanggah, WhatsApp saya terus di 019-9724857 (wa.me/60199724857) atau @rizaniaga. Saya akan semak dan betulkan secepat mungkin. Artikel ni untuk perkongsian ilmu, bukan nasihat pelaburan.
ยฉ EmasDanPerak.com | Semak harga dan info di Channel