Beli, beli, beli!
(Ni ayat hard sell, hehe š)
Tapi…
“Err⦠boleh turun lagi ke?”
“Tunggu esok ajelah, kot-kot turun lagi.” š
Inilah dua reaksi yang sering kita lihat bila harga emas turun. Ada yang terus nak beli sebab nampak peluang, dan ada pula yang lebih selesa tunggu, dengan harapan harga akan turun lebih rendah lagi. Dua-dua ada logik tersendiri. Tapi sebenarnya, apa tindakan paling bijak?
Bagi anda yang menggunakan kaedah GAP (Gold Accumulation Program) atau baru nak mula dengan GAP, ada satu perkara PENTING yang perlu difahamiāiaitu jumlah gram emas yang anda peroleh untuk setiap RM100 yang ditukarkan.
Sebagai contoh, rujuk data berikut (seperti dalam gambar yang saya lampirkan dalam blog ini):
š Pada 28 Februari 2025, anda akan dapat 0.2242 gram emas untuk setiap RM100.
š Pada 14 April 2025, anda hanya akan dapat 0.2004 gram untuk jumlah RM100 yang sama.
Nampak kecil? Bezanya cuma 0.0238 gram. Tapi dalam simpanan jangka panjang, ini memberi impak besar. Sebab apa? Sebab matlamat simpanan emas adalah untuk kumpul gram, bukan semata-mata ābeli masa harga rendahā.
Dalam pelaburan emas, soalan sebenar bukanlah ābila harga paling rendah?ā, tetapi āberapa banyak gram yang saya dapat dengan bajet saya sekarang?ā
Harga emas naik dan turun adalah lumrah. Tapi nilai gram yang kita peroleh untuk setiap pembelianāitulah yang mencerminkan kuasa beli kita dalam realiti sebenar.
Satu formula mudah:
ā”ļø Lebih rendah harga emas = lebih banyak gram untuk RM100 anda
ā”ļø Lebih banyak gram = lebih tinggi potensi pulangan bila harga naik semula
Walaupun tergoda dengan turun naik harga harian, elakkan daripada membuat keputusan secara tergesa-gesa. Pasaran emas memang dinamik (sentiasa naik-turun), tetapi yang paling penting ialah konsistensi dan strategi. Bahasa mudahnyaājangan main emas beli ikut emosi. š
Simpan ikut bajet, ikut perancangan, dan ikut objektif kewangan anda. Kalau rasa tak mampu beli banyak, tak mengapaāRM100 sebulan pun boleh bermula. Yang penting, gram demi gram tetap terkumpul. Lama-lama jadi bukit!
Jangan lupa, emas bukan sahaja untuk pelaburanāia juga alat untuk melindungi nilai, menyediakan kecemasan kewangan, dan menjadi warisan untuk anak cucu. Setiap gram yang dikumpul hari ini adalah satu langkah ke arah kestabilan esok hari.
Dan bila anda memahami nilai gram sebenar dalam setiap pembelian, anda akan rasa lebih yakin untuk menyimpan secara konsistenātanpa perlu terlalu risau tentang naik turunnya harga emas dalam jangka pendek.
Dalam dunia pelaburan emas, yang paling untung bukan semestinya yang beli masa harga paling rendah, tapi yang mula lebih awal dan simpan secara berdisiplin. Jadi, tanya diri anda hari iniāadakah saya mahu tunggu lagi, atau mahu mula kumpul gram pertama saya sekarang?
Ā© EmasDanPerak.com | Semak harga dan info di Channel