Sebelum saya teruskan, umumnya terdapat beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan proses ‘buyback’ (atau disebut jual balik) emas atau perak kepada syarikat atau orang perseorangan:
Pada tutorial kali ini, saya akan tunjukkan pula cara-cara untuk lakukan proses ‘buyback’ (atau proses jual balik) emas/perak untuk dapatkan tunai yang telah dibeli sebelum ini menerusi GAP (atau SAP – kepada yang berkenaan). Terdapat 2 faktor yang telah saya ambil kira sebelum saya lakukan proses belian balik ini.
FAKTOR PERTAMA: SPEKULASI
Dalam kes ini saya akan gunakan contoh sebenar yang telah saya lakukan pada 2 November 2016, iaitu spekulasi kenaikan harga emas selepas perayaan Deepavali.
(Nota 1: Jangan terlalu percaya kepada spekulasi atau khabar angin. Saya galakkan anda bertanyakan kepada yang lebih arif; atau merajinkan diri untuk ke website ini: www.investing.com).
FAKTOR KEDUA: TELAH MENCAPAI TITIK PULANGAN MODAL DAN JUGA TEKNIK PEMURATAAN
Pada artikel sebelum ini (Puratakan Belian Anda!) saya telah tunjukkan contoh sebenar belian emas menerusi GAP yang telah dilakukan sebelum ini. Berpandukan teknik pemurataan, jumlah harga purata yang telah saya lakukan adalah sekitar RM 170/gram.
Seperti biasa, layari laman web www.PublicGold.com.my dan ke ruangan Login. Seterusnya masukkan PG Code, Password dan juga tandakan ‘check mark’ pada kotak “I am human (please tick for security purpose)” seperti ilustrasi yang ditunjukkan di bawah.
Seterusnya, klik pada bahagian My GAP
Pada antaramuka ini, pilih (klik) butang BUY-BACK seperti ilustrasi di bawah:
Saya berhasrat untuk menjual-balik simpanan GAP sebanyak 10 gram. Maka, pada ruangan gram (kotak warna turqoise), angka 10 dimasukkan. Seterusnya, sistem secara automatis akan lakukan pengiraan dan tekan butang request seperti ilustrasi di bawah
Sistem akan memaparkan satu kotak pertanyaan untuk pengesahan. Tekan sahaja butang OK
Setelah proses ini selesai, sistem akan kembali pada halaman utama. Tekan butang Transaction (kotak warna Hijau) untuk paparan status. Pada bahagian ini, terdapat 2 item yang perlu disemak, iaitu Status dan juga Completion. Untuk memaparkan rekod buy-back, tekan sahaja butang status (Kotak oval warna Hijau) pada penjuru paling kanan transaksi.
Ini yang terpapar setelah ikon tersebut di-ketik. Saya boleh menyemak segala keterangan yang berkaitan seperti jumlah belian balik (Buy-Back Amount), juga Status (rujuk segala kotak yang berwarna hijau)
Ya, lakukan proses buy-back memang mudah, namun syarikat Public Gold tidak akan semudah itu untuk mengesahkan transaksi yang dilakukan. Antara operasi standard yang dilakukan adalah syarikat akan menghubungi para pelanggan yang ingin berbuat demikian, atas faktor pengesahan dan keselamatan.
Dalam kes saya ini, apa yang biasa saya lakukan adalah, saya akan menghantar pesanan samada menerusi sms atau whatsapp kepada warga kerja cawangan Public Gold berdekatan terlebih dahulu.
Namun, seperti yang saya nyatakan, syarikat Public Gold tetap akan menghubungi pelanggan berkaitan dan sekiranya anda tidak berkesempatan untuk menjawab panggilan, sms sahaja 🙂
Setelah proses pengesahan dan keselamatan dilakukan, saya sekali lagi lakukan semakan pada bahagian portal GAP pada hari yang sama. Didapati, pada bahagian:
Sekali lagi, saya juga telah klik pada ikon status (kotak oval warna hijau) dan segalanya telah dikemaskini dengan sebaik mungkin oleh syarikat Public Gold.
Antara informasi yang saya semak adalah jumlah amaun yang bakal dikreditkan pada akaun saya kelak, iaitu RM 1730.00
Sekiranya klik pada bahagian Official Receipt, secara automatis sistem akan memaparkan resit cetakan berkomputer. Ia boleh dicetak (dengan menggunakan printer) atau disimpan dalam penstoran awan (seperti Google Drive) atau hard-disk.
Apa yang perlu saya tunggu selepas ini adalah, saat duit dikreditkan ke dalam akaun bank! Lalalala…. 😀
Nota 2: Sekiranya proses buyback dilakukan sebelum pukul 4, duit akan dikreditkan pada keesokan harinya kecuali jika buy dibuat pada hari Jumaat, ia akan dikreditkan pada hari Isnin@Selasa minggu berikutnya. Kebiasaannya, duit bakal dikreditkan sebelum pukul 6 petang. Oleh itu, sekiranya duit itu untuk tujuan mustahak, disarankan lakukan proses jual balik:
Antara keistimewaan tambahan kepada setiap dealer (tanpa mengira pangkat seperti Normal Dealer [1%], Priority Dealer [1.5%] dan Master Dealer[2.0%]) untuk setiap transaksi belian balik adalah, insentif tambahan sebanyak 0.3% dari jumlah keseluruhan belian balik, dan akan dikreditkan jumlah yang bakal diterima pada bulan berikutnya.
Dalam kes-kes jual balik, terdapat beberapa faktor yang diambil kira sebagai kelebihan menjadi dealer berbanding pelanggan biasa.
Berdasarkan teknik pemurataan yang telah lama saya praktikkan, jumlah purata untuk setiap gram emas adalah RM 170.
Harga jual balik pula adalah RM 173 untuk setiap gram.
Oleh itu:
Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan / pertanyaan yang berkaitan
Nota Kaki:
Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada warga kerja Public Gold Cawangan Terengganu (Xin, Huzaifah, Nadia & Faizal) atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.
© EmasDanPerak.com