PENGENALAN

Asas kewangan Islam adalah bebas dari unsur riba, gharar dan maysir. Sistem kewangan yang berasaskan riba akan hancur dengan sendirinya sekiranya kita mula menolaknya dan menggantikan dengan sistem kewangan sebenar.

Salah satu platform dalam muamalat sistem ekonomi dan kewangan berasaskan Islam adalah berteraskan penggunaan emas, perak, dinar dan dirham sebagai ‘medium of exchange’. Dari segi perspektif Islam, penggunaan dinar emas dan dirham perak itu melambangkan kekuatan, kekayaan dan keadilan.

Dari Abu Bakar bin Abi Maryam, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham.” (Hadith oleh Imam Ahmad bin Hambal)

 

APA KELEBIHAN DINAR EMAS DAN DIRHAM PERAK?

  • Mempunyai nilai intrinsik (sandaran yang sangat bernilai sebagai alat pertukaran)

  • Bebas dari unsur riba

  • Bebas dari inflasi

  • Bebas dari sebarang spekulasi dan manipulasi

  • Bebas dari sebarang unsur ‘gharar’ (keraguan/ketidakpastian)

  • Pertukaran matawang yang tetap antara negara

 

 

CONTOH PENGGUNAAN DINAR

Baginda Rasulullah SAW berkahwin dengan Ummu Habibah, anak perempuan Abu Sufyan yang Baginda wakilkan kepada al-Najasyi (seorang raja yang adil dari Habsyah). Maharnya adalah sebanyak 400 dinar.

Perkahwinan ini dilangsungkan selepas kematian suami Ummu Habibah (Ubaydillah bin Jahsy) di Habsyah. Ummu Habibah tinggal di Habsyah dan berkahwin dengan Baginda Rasulullah SAW di Madinah pada tahun ke-7 hijrah selepas perang Khaibar (sumber asal: al-Ustaz, isu 17, 2013)

 

 

SIAPA SAYA?

Saya Rizal, penulis utama untuk laman EmasDanPerak.com. Sebelum ini saya menulis di KuasaDinarEmas.com dan PublicGoldMalaysia.com. Sekitar tahun 2008, saya telah diperkenalkan oleh Tuan Haji Wazir mengenai Public Gold.

Namun pada ketika itu, Public Gold hanya mempunyai satu tempat sahaja di Pulau Pinang. Justeru, ia membantutkan minat dan kesedaran saya untuk lakukan sebarang transaksi berkaitan emas dan perak. Risau kerana hanya hanya satu cawangan ketika itu.

Saya mula kembali menyertai platform Public Gold pada tahun 2012, terus bermula sebagai Normal Dealer, kemudian pada tahun 2013 sebagai Priority Dealer. Tahun 2014, ia merupakan salah satu kemuncak dalam karier Dealer, bila saya dinaikkan pangkat ke Master Dealer.

 

 

PERLUKAH MENJADI DEALER SEBENARNYA?
Tidak dapat dinafikan, ramai yang beranggapan, menjadi dealer akan ‘memaksa diri’ untuk mencari orang/organisasi – objekifnya untuk mendapat keuntungan segera! Pandangan itu juga yang digunapakai oleh saya, yang pada masa itu, terlibat dengan beberapa syarikat MLM niche kesihatan/ niche produk fizikal.

Namun, hakikatnya sangat berbeza bila saya mula terlibat dengan niche pelaburan logam mulia ini. Ini juga antara soalan yang ditanya oleh Introducer saya, tuan Haji Wazir. Pada masa itu, jawapan saya hanyalah dua, nak simpan dan juga nak berniaga. Terbayang juga pasal ‘side income’ sebab melihatkan beliau telah berjaya dalam industri emas.

 

 

SALAH FAHAM FUNGSI SEBENAR DEALER
Hakikat yang sebenar adalah, dengan menjadi dealer menerusi platform Public Gold, saya berjaya mengecilkan spread yang sedia ada, kepada spread yang lebih kecil, sekaligus masa yang perlu saya tunggu untuk ‘balik modal’ akan menjadi lebih cepat, berbanding dengan pelanggan biasa.

Bermula dari pengajaran itu, saya kini lebih cenderung untuk menyimpan dari bulan ke bulan, meskipun jumlah yang saya peruntukkan setiap bulan, hanyalah 1 gram sahaja. Manakala, sekiranya ada yang berminat untuk membeli menerusi dealer, itu hanyalah rezeki tambahan yang diberikan Allah semata-mata.

Setiap kali duit yang saya perolehi dari perniagaan online dan offline yang saya jalankan, akan saya ‘ambil sedikit’ untuk pembelian emas. Jujur saya katakan, ia memerlukan disiplin dan istiqamah. Bukan mudah untuk mendidik diri dalam pengurusan kewangan sebenarnya.

Jadi, sekiranya anda ingin kecilkan spread berbanding pelanggan biasa, jangan buang masa, lakukan tindakan dengan menjadi dealer. Lupakan tentang segala ‘bonus dan insentif’ yang ditawarkan, kerana bonus dan insentif akan dan sering berubah-ubah!

 

SEKIRANYA ANDA SAYANGKAN DIRI, SIMPANLAH EMAS
SEKIRANYA ANDA SAYANGKAN KELUARGA ANDA, SIMPANLAH EMAS
SEKIRANYA ANDA SAYANGKAN KETURUNAN ANDA, SIMPANLAH LOGAM MULIA INI

~Rizal~
Authorised Master Dealer
PG026446

 

Penulis

  • Ahmad Rizal Razali (PG026446)
  • Authorized Master Dealer Public Gold (Malaysia)
  • Webmaster RizaNiaga.com

© EmasDanPerak.com