Mudahnya Beli Emas Dan Perak Menerusi FPX!

Pengenalan

Public Gold Malaysia telah mengorak satu langkah ke hadapan dalam memudahkan urusan para pelanggan berkaitan pembelian Gold Accumulation Program (GAP) dan Silver Accumulation Program (SAP) menerusi platform FPX (Financial Process Exchange). FPX adalah satu medium pembayaran untuk pelbagai saluran perbankan online. (Boleh dikatakan semua bank di Malaysia menyokong platform FPX ini).

Sebelum ini, pelanggan (saya sendiri pun) perlu lakukan pemindahan menerusi GIRO atau instant transfer ke akaun Public Gold (Maybank dan Public Bank). Dengan inisiatif terkini yang digerakkan oleh syarikat Public Gold, anda boleh lakukan belian gram GAP dan SAP menerusi mana-mana bank secara online dengan caj minimum yang telah ditetapkan. Ianya lebih cepat dan selamat! Bercakap pasal caj minimum pula, ia dikira berdasarkan caj per transaksi, tanpa mengira jumlah amaun yang telah anda keluarkan. RM 1 per transaksi.

Untuk tutorial kali ini, anda bakal ditunjukkan cara belian emas GAP menerusi platform FPX, beserta dengan ilustrasi untuk memudahkan pemahaman anda.

Nota 1: Saya menggunakan contoh dan belian sebenar yang telah saya lakukan pada 25 Oktober 2015, setelah lakukan semakan harga sekitar jam 8.00 – 8.30 pagi. Manakala, tutorial live yang dilakukan ini pula, waktu belian sebenar adalah sekitar jam 1.40 – 2.00 petang. Harga GAP / SAP hanya berlaku setiap jam 12 tengah malam sahaja. Selain GAP / SAP, harga dikemaskini setiap 20 minit.

Nota 2: Laman Web Public Gold telah dikemaskini ke versi terbaharu. Justeru, post ini akan mengandungi campuran paparan, namun dari segi cara beliannya, masih sama

Nota 3: Pastikan anda telah memiliki akaun ahli sah dari Public Gold terlebih dahulu. Sekiranya belum, anda boleh daftar percuma dulu menerusi link ini

Nota 4: Anda minat silver (perak)? Tiada masalah, caranya sama sahaja, cuma perlu pastikan anda pilih akaun SAP pada laman web Public Gold

CARA PERTAMA

Pilih Mode Belian Anda

Ini merupakan langkah terpenting. Pilih mode belian anda (GAP atau SAP). Meskipun entri ini berkaitan dengan emas, namun bagi peminat perak (silver), kaedahnya tetap sama.

paparan lama GAP dan SAP
paparan terkini GAP
paparan terkini SAP

Langkah 1,  Buy Now. Seterusnya, pilih mode belian anda. Sekiranya anda ingin lakukan belian untuk GAP, pilih ikon petak di sebelah kiri. Manakala, untuk SAP, disebelah kanan. Dalam contoh ini, saya akan lakukan belian untuk 1 gram emas GAP.

Setelah butang Buy Now ditekan, satu paparan akan dibawa, dan akan memaparkan 3 bahagian utama, iaitu tarikh, nilai emas dalam RM (kotak hitam) dan nilai gram dalam RM.

Memandangkan jumlah yang ingin dibeli dalam jumlah gram, maka masukkan sahaja jumlah RM 184 ke dalam ruangan Purchase Amount (MYR) seperti ilustrasi di bawah pada Langkah 2 ini. Setelah itu, tekan butang Submit

Langkah 3, satu paparan berkaitan transaksi yang telah dibuat akan dinyatakan. Apa yang perlu dilakukan adalah tekan butang Click to Pay

Langkah 4, pilih platform pembayaran. Dalam contoh ini, Bank Islam dipilih dan tekan butang Agree and Continue (butang warna biru)

Langkah 5, pilihan belian yang telah dilakukan di atas, perlu dibayar menerusi platform FPX. Setelah klik butang Agree and Continue, sistem secara automatik akan ke laman web bank yang telah dipilih. (Dalam contoh ini, dibawa ke laman web Bank Islam).

Terdapat 4 proses yang telah ditetapkan, iaitu:

  1. Login
  2. Account Selection
  3. Verification
  4. Confirmation

Login
Masukkan username dan password yang betul

step-1-login

Account Selection
Pilih senarai akaun nombor akaun yang telah didaftarkan dengan bank berkaitan. Seterusnya, tekan butang Pay

step-2-account-selection

Verification
Masukkan nombor keselamatan yang telah dihantar menerusi telefon anda. Kemudian tekan butang Confirm.

step-3-verification-2

Confirmation
Seterusnya, pada langkah terakhir bahagian ini, klik butang Continue with transaction

step-4-confirmation

Setelah butang Continue with transaction ditekan, secara automatik sistem akan memaparkan info pembelian secara menyeluruh. Apa yang perlu dilakukan adalah tekan sahaja butang Click Here to Complete Your Transaction

complete-transaction

Langkah 6, iaitu yang terakir adalah dengan menekan butan Back to Website seperti ilustrasi di bawah.

payment-complete

~Tutorial Tamat~

Setelah belian dilakukan, biasanya anda bakal menerima satu email dari pihak FPX

Semak Status Transaksi

Antara kelebihan pembelian menerusi FPX adalah, proses pengesahan akaun GAP / SAP semakin cepat. Saya pernah datang ke cawangan berdekatan dan difahamkan proses pengesahan belian menerusi FPX hanya mengambil masa sekitar 1 jam sahaja. (Ini bermaksud, sekiranya proses belian bukan menerusi FPX, maka ia masih berdasarkan prosedur biasa, iaitu 24-48 jam)

fpx-email

Bila dah cepat, jika nak tukarkan kepada fizikal pun akan lebih cepat jugalah 🙂

Semakan status belian “Approved” sekejap sahaja berbanding dengan kaedah sebelum ini. (Status Approved)

Pada 26hb Oktober, sekali lagi saya lakukan semakan, dan didapati, status success telah dinyatakan pada bahagian Completion! (Status Approved telah bertukar ke Submitted)

buy-gap-sap-success-status

Saya juga boleh melihat status belian yang telah dibuat sebelum ini tanpa sebarang masalah. Jadi, semuanya telus dan mudah! (Status pada 25 Oktober 2016 ditulis “Approved” pada penjuru paling kanan sebelah bawah)

Pendek kata, pada 26 Oktober, jika nak keluarkan ke produk fizikal pun dah takde apa-apa masalah 🙂 (Status pada 26 Oktober 2016 ditulis “Submitted (Success)” pada penjuru paling kanan sebelah bawah

history-status-submitted-success

CARA KEDUA

Internet jem teruk? Pun bukannya satu masalah besar! Saya bagi solusi paaaling mudah kepada anda.

  1. Layari website Public Gold, semak harga GAP/SAP
  2. Lakukan bayaran manual
  3. Simpan resit belian
  4. Email pada ktb@publicgold.com.my (resit pembayaran dan PG Code anda)
  5. Tunggu proses selesai (24-48 jam)

Nota: Sekiranya anda pelanggan yang berdaftar di bawah saya, anda tak perlu lalui Kaedah Kedua dengan cara yang rumit. Saya akan bantu anda 🙂 . Pastikan anda betul-betul berdaftar dengan saya

Penutup

  1. Layari laman web www.publicgold.com.my
  2. Pilih mode >> GAP atau SAP
  3. Ikuti arahan dan masukkan informasi yang betul bahagian FPX dan bank berkaitan
  4. Tunggu sistem lakukan pengesahan (berdasarkan terma dan syarat)
  5. Semak jumlah baki terkini GAP / SAP

Mudah sahaja kan? Dengan sistem baharu yang telah diperkenalkan oleh syarikat Public Gold ini, pada hemat saya, telah menjimatkan banyak masa. Cuma harapan saya agar sistem ini lebih responsive dan ‘mobile friendly’.

Apa lagi yang anda tunggu?  Pilih sahaja mode kegemaran anda dan penuhilah impian simpanan peribadi anda.

Untuk pertanyaan atau pembelian, anda boleh hubungi saya menerusi platform yang telah disediakan.

Isi Kandungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × three =